Portal Majikan Online

Portal Majikan Online

Pengumuman bajet 2019 yang telah diumumkan oleh menteri kewangan pada 2 November 2018 baru-baru ini telah banyak memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu manfaat yg diusulkan di dalam belanjawan tahun 2019 adalah pelepasan cukai diberikan kepada majikan yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun 2019.

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan sama ada bayaran ansuran setiap bulan atau penyelesaian penuh dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.

Pendaftaran boleh dibuat melalui Portal Majikan Online bermula 18 januari 2019.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk menikmati insentif ini ialah :

  1. Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja.
  2. Taraf pekerjaan pekerja adalah Sepenuh Masa.
  3. Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran* sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.
    (*membayar balik pembayaran kepada PTPTN yang dibuat oleh majikan)

 


Rajah: Cara untuk mendaftar

Soalan lazim, klik di sini