Pengemaskinian Maklumat Pendapatan Peminjam

Pengemaskinian Maklumat Pendapatan Peminjam

Adalah dimaklumkan PTPTN telah membuka (live) Portal Pengemaskinian Maklumat Pendapatan Peminjam. Tujuan pengemaskinian adalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan peminjam, pekerjaan dan perhubungan yang terkini bagi tujuan merangka dasar baharu penangguhan bayaran balik pinjaman berasaskan pendapatan peminjam. Tempoh pengemaskinian adalah mulai 16 hingga 31 Julai 2018. Peminjam yang tidak mengemaskini maklumat tidak akan tertakluk kepada sebarang pelaksanaan dasar baharu penangguhan bayaran balik pinjaman.

Peminjam masih dikehendaki meneruskan bayaran balik pinjaman masing-masing sehingga makluman mengenai pelaksanaan dasar baharu penangguhan bayaran balik diumumkan kelak.

Anda boleh merujuk di pautan ini bagi mendapatkan kenyataan penuh media daripada YB Pengerusi PTPTN bertarikh 16/07/2018.

 

Sekian, terima kasih.