Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN  Akibat Penularan Covid-19

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19

  1. PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan - Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada 19 Mac 2020 dan sidang media YAB Perdana Menteri pada 23 Mac 2020.

  2. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN yang diberikan sebelum ini selama tiga (3) bulan adalah dilanjutkan kepada enam (6) bulan. Sehubungan itu, tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah berkuat kuasa mulai 19 Mac hingga 30 September 2020.

  3. Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM750 juta.

  4. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi pegawai PTPTN di pautan Hubungi PTPTN. Peminjam juga boleh mengemukakan pertanyaan di e-Aduan PTPTN.

  5. PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

Untuk soalan lazim, klik di sini