Kajian Tingkah Laku Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN

Kajian Tingkah Laku Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN

Adalah dimaklumkan PTPTN dan Universiti Putra Malaysia sedang menjalankan kajian tingkahlaku pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula 18 September hingga 17 Disember 2019. Objektif utama kajian ialah untuk mengenal pasti status pembayaran balik pinjaman dan sebab berkaitan.

Maklumat lanjut:

  1. Kumpulan Sasaran
    Peminjam PTPTN yang telah bergraduat, samada anda telah HABIS BAYAR, SEDANG BAYAR atau BELUM MULA BAYAR.

  2. Jenis Kajian
    Kajian kuantitatif melalui survei menggunakan borang soal selidik atas talian yang dibuka mulai 8 November hingga 28 November 2019.

  3. Soalan Kajian
    Lengkapkan maklumbalas di sini.

  4. Cabutan Bertuah
    Setiap maklumbalas layak menyertai cabutan bertuah bagi memenangi kupon KFC bernilai RM50.

Semua maklumat adalah sulit dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Kerjasama dan sokongan anda dalam menjawab soal selidik ini adalah sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.