Program Mencari Pekerjaan

Program Mencari Pekerjaan ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat PTPTN dengan beberapa agensi bertujuan untuk menyediakan kemudahan dan peluang mencari pekerjaan kepada peminjam PTPTN.

Program ini diwujudkan khas kepada semua peminjam PTPTN terutamanya yang masih belum mendapat pekerjaan atau yang ingin mencari pekerjaan yang lebih sesuai.

Hasrat program ini adalah untuk membantu peminjam PTPTN untuk mencari pekerjaan dan sekali gus membantu Kerajaan dalam menangani isu pengangguran terutamanya pelajar-pelajar pengajian tinggi. Selain daripada itu, dengan memperoleh pekerjaan yang baik maka akan dapat meningkatkan prestasi bayaran balik dan kemampanan kewangan untuk generasi akan datang

Tiga (3) agensi utama yang terlibat dengan kerjasama ini adalah seperti berikut:

  1. The National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM)

  2. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia

  3. Jobstreet.com Sdn. Bhd.

Pencarian kerja boleh dibuat melalui portal-portal agensi yang disediakan seperti di bawah

  1. MyJobs

  2. JobsMalaysia

  3. JobStreet.com

Semua capaian portal kerja di atas boleh dibuat melalui capaian dalam laman sesawang khas PTPTN di alamat berikut : www.ptptn.gov.my/jomcarikerja

Daripada kerjasama ini terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi oleh PTPTN dan peminjam PTPTN seperti berikut:

  1. NCCIM

    1. Membuka peluang kerjasama dengan semua majikan yang berdaftar di bawah NCCIM.
    2. Memberi peluang pekerjaan yang diwujudkan dikalangan ahli NCCIM kepada peminjam PTPTN.
    3. Membuat padanan kerjaya dan menawarkan jenis pekerjaan yang sesuai kepada peminjam PTPTN melalui portal MyJobs.
    4. Menyampaikan maklumat dan promosi produk PTPTN kepada semua ahli melalui saluran komunikasi NCCIM.
  2. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

    1. Membantu proses pencarian kerja oleh peminjam PTPTN melalui “Career Fair” yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja setiap negeri. Dengan adanya “Career Fair” ini ianya akan memudahkan capaian peminjam di setiap negeri untuk mendapatkan maklumat terkini tentang peluang-peluang pekerjaan sera menjimatkan kos serta masa peminjam.
    2. Menyampaikan maklumat dan promosi produk PTPTN kepada semua ahli melalui saluran komunikasi JKT.
  3. JobStreet.com Sdn. Bhd

    1. Menyediakan laman mikro JobStreet khas kepada peminjam PTPTN.
    2. Menyediakan video khas modul pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran dan persediaan peminjam PTPTN untuk mencari pekerjaan.
    3. Menyediakan individu profesional untuk sesi soal jawab berkaitan keperluan dan cara peningkatan kebolehan diri secara langsung melalui Facebook dan Webinar.

Peminjam PTPTN perlu memohon pekerjaan melalui salah satu atau ketiga-tiga portal mencari pekerjaan yang disediakan dalam laman web PTPTN.

Semua perkhidmatan yang disediakan untuk program ini adalah percuma dan tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada peminjam PTPTN. Walau bagaimanapun makluman akan diberikan dalam saluran rasmi PTPTN jika terdapat tambahan perkhidmatan pada masa akan datang yang dikenakan bayaran.