Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN ditawarkan kepada semua pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas yang memiliki Akaun Simpanan atau Akaun Semasa (Qard) atau Akaun Pelaburan Al-Awfar dengan Bank Islam dan permohonan hendaklah dibuat di mana-mana cawangan BIMB seluruh negara.

Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN boleh digunakan untuk perkara berikut:

  • Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN.

  • Deposit tunai, pengeluaran, pemindahan dana dan kemudahan lain yang ditawarkan di 1,100 Bank Islam ATM dan CDM di seluruh negara.

  • Pengeluaran tunai di lebih dari 2 juta ATM di dalam dan di luar negara yang mengandungi VISA dan MEPS.

  • Transaksi runcit di terminal Electronic Data Capture (EDC)/ terminal jualan (Point-of-Sale) di lebih dari 30 juta peniaga di seluruh dunia yang mempamerkan logo VISA.

  • Transaksi atas talian (tanpa kad) di peniaga atas talian di Malaysia dan di luar negara.

Kelebihan-kelebihan kad:

  1. Memudahkan urusniaga ATM (pemindahan wang tunai, pemindahan deposit dan dana), urusniaga ‘Point of Sale’ (POS), transaksi dalam talian, pembayaran bil dan pemindahan dana ke akaun SSPN-i.

  2. Ahli kad akan menikmati mata ganjaran Program ‘Loyalty’ Bank Islam TruRewards (TruPoints):

    1. Ahli kad layak mendapatkan 1 (satu) TruPoints untuk setiap perbelanjaan runcit RM1 (satu) menggunakan kad yang dilakukan di Malaysia dan di luar negara.

    2. TruPoints yang diperolehi akan terkumpul di dalam akaun TruRewards ahli kad.

    3. TruPoints terkumpul akan ditebus secara automatik (tidak perlu dimohon) kepada e-baucar PTPTN (dalam gandaan RM10) dan dikreditkan terus ke akaun SSPN-i ahli kad pada bulan berikutnya.

    4. Jika ahli kad tidak mempunyai akaun SSPN-i, e-baucar PTPTN yang ditebus akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman PTPTN ahli kad.

    5. Sekiranya ahli kad bukan pendeposit SSPN-i atau peminjam PTPTN, ahli kad adalah dinasihatkan untuk membuka akaun SSPN-i bagi membolehkan mata ganjaran TruPoints dikreditkan ke dalam akaun tersebut.

    6. Penebusan e-baucar PTPTN hanya sah dan diterima untuk akaun SSPN-i atau akaun pinjaman PTPTN milik ahli kad sahaja. TruPoints yang diperolehi daripada Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN tidak boleh ditebus untuk barangan lain yang ditawarkan dalam program ’Loyalty’ Bank Islam TruRewards.

  3. Kad ini berfungsi untuk pembayaran tanpa sentuh melalui Visa Paywave dan MCCS v2

  4. Selamat & Terjamin - PIN diaktifkan.

  5. Fleksibiliti dalam mengawal had perbelanjaan.

  6. Diterima di seluruh dunia.

Penyata SSPN-i boleh disemak melalui mesin ATM dengan syarat Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN hendaklah di link kan terlebih dahulu dengan akaun SSPN-i melalui kaunter BIMB.

Ahli Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN adalah layak memperolehi 1 (satu) TruPoints untuk setiap RM1 bagi perkara berikut:

  1. Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN di kaunter PTPTN menggunakan terminal EDC BIMB.
  2. Transaksi runcit domestik dan luar negara yang dilakukan melalui terminal Electronic Data Capture (EDC)/ Point-of-Sale (POS); dan
  3. Transaksi pesanan melalui telefon (MOTO).

Nota: Transaksi berikut TIDAK layak untuk mendapatkan TruPoints:

  1. Pengeluaran wang tunai melalui ATM Bank Islam dan ATM bank lain di Malaysia
  2. Fi dan caj (contoh: Fi tahunan kad dan fi pengeluaran tunai melalui ATM bank lain atau apa-apa fi dan caj yang dikenakan oleh Bank Islam untuk perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada ahli kad)
  3. Cukai perkhidmatan
  4. Pengeluaran tunai di luar negara
  5. Transaksi FPX dan JomPay
  6. Pindahan dana

TruPoints yang terkumpul dari penggunaan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN boleh ditebus untuk e-baucar PTPTN sahaja. Setiap 1,400 (satu ribu empat ratus) TruPoints boleh ditebus untuk e-baucar PTPTN bernilai RM10 (sepuluh).

Contoh:

Baki mata ganjaran terkumpul Nilai e-baucar PTPTN Mata ganjaran yang ditebus/ ditukarka Mata ganjaran dibawa ke bulan berikutnya
3,000 RM20 2,800 200
7,800 RM50 7,000 800

E-baucar PTPTN hanya boleh dikreditkan ke dalam akaun SSPN-i sahaja dan ia secara automatik akan menjadi sebahagian deposit SSPN-i dan layak menikmati semua kelebihan seperti pelepasan cukai dan dividen.

Tidak boleh. Ahli kad perlu membuka akaun SSPN-i bagi membolehkan ebaucar PTPTN dikreditkan

Tidak. TruPoints yang diperolehi daripada Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN tidak boleh ditebus untuk barangan lain atau ditukar dengan wang tunai

Ahli kad boleh menyemak baki TruPoints masing-masing di laman sesawang TruRewards Bank Islam.

Manakala untuk menyemak mata ganjaran yang telah ditebus, ahli kad boleh membuat semakan melalui penyata SSPN-i/ bayaran balik mulai 20 haribulan pada bulan berikutnya di portal rasmi PTPTN atau menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000.

Tidak, TruPoints ditawarkan untuk transaksi yang layak bagi Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN sahaja.

Maklumat lanjut mengenai Program ‘Loyalty’ TruRewards boleh didapati di laman sesawang Bank Islam

ATAU dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900

ATAU layari portal PTPTN -> Soalan Lazim -> Umum

Ya, TruPoints mempunyai tempoh luput 36 bulan