Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 merupakan kempen yang dianjurkan oleh PTPTN khusus kepada pendeposit SSPN-i Plus. Ia bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten.

Sebanyak 4 cabutan di dalam kempen ini yang merangkumi:

  • Cabutan Siri – 3 cabutan
  • Cabutan Tahunan – 1 cabutan

Tempoh promosi adalah seperti berikut:

Jenis Kempen Tempoh Promosi
Cabutan Siri   Siri 1 (Julai - Ogos 2019)
Siri 2 (September - Oktober 2019)
Siri 3 (November - Disember 2019)
Cabutan Tahunan Januari - Disember 2019

Kempen ini adalah layak untuk pendeposit SSPN-i Plus yang mempunyai akaun dan memenuhi kriteria berikut:

Kelayakan Umum

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus;
  2. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
  3. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
  4. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat Tempoh Promosi.

Kelayakan Khas Cabutan Wow! Mengikut Siri

  1. Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun baharu dalam Tempoh Promosi

Kelayakan Khas Cabutan Wow! Tahunan

  1. Terbuka kepada pendeposit baharu dan pendeposit sedia ada;
  2. Pendeposit sedia ada perlu membuat penambahan simpanan semasa Tempoh Promosi;
  3. Pendeposit sedia ada yang membuka akaun melebihi tiga (3) tahun dan telah membuat pengeluaran, bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan.

Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh:

  1. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anakanak);
  2. Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anakanak);

Tidak perlu kerana kelayakkan Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 ini adalah automatik bagi pendeposit yang layak.

Tidak layak. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan.

Akaun SSPN-i Plus boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari www.lovesspn.com, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah 20 hari selepas tamat tempoh setiap cabutan. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa

Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my.

Hadiah ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan. Sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun SSPN-i, pembukaan akaun akan dibuat berdasarkan kepada butiran akaun di SSPN-i Plus.

Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.

Bagi pemenang yang memenangi hadiah utama Cabutan Wow! Tahunan, PTPTN akan melantik syarikat pembekal bagi urusan pembekalan dan penghantaran kenderaan.

 

Nota: Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat penuh Kempen ‘Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019’.