Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019

Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019 merupakan kempen yang diadakan oleh PTPTN bagi menghargai rakyat Malaysia yang memilih SSPN-i sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak, di samping meraikan produk ini yang telah berada di pasaran selama 15 tahun.

Kempen ini terbahagi kepada 2, iaitu Cabutan Siri dan Cabutan Tahunan dengan tempoh promosi seperti berikut:

Jenis Kempen Tempoh Promosi
Cabutan Siri Siri 1 (Julai - Ogos 2019)
Siri 2 (September - Oktober 2019)
Siri 3 (November - Disember 2019)
Cabutan Tahunan Januari - Disember 2019

Kempen ini adalah untuk pendeposit SSPN-i yang mempunyai akaun dan memenuhi kriteria berikut:

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang baharu dan sedia ada sahaja;

  2. Pendeposit perlu membuat penambahan simpanan dalam Tempoh Promosi;

Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).

Pendeposit SSPN-i yang memenuhi kriteria di atas perlu membuat penambahan simpanan dalam tempoh promosi.

Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.

Akaun SSPN-i boleh dibuka atau ditambah secara online dengan melayari www.lovesspn.com, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Tidak perlu kerana penyertaan Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019 ini adalah automatik bagi pendeposit yang layak.

Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah 20 hari selepas tamat tempoh setiap cabutan. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my.

Hadiah ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan

Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau menghubungi talian Khidmat Pelanggan 03-2193 3000 untuk info lanjut.

Hadiah tunai yang dimenangi perlu dikekalkan di dalam akaun SSPN-i selama 3 bulan daripada tarikh cabutan.

 

Nota: Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat penuh Kempen ‘Cabutan 15 Tahun SSPN-i 2019’.