Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Individu Bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional Dinaikkan Daripada RM6,000 Kepada RM8,000:

Pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi simpanan bersih tahun semasa di dalam SSPN adalah pelepasan cukai yang layak dituntut oleh pemastautin di Malaysia ke atas simpanan di dalam SSPN. Ini adalah salah satu keistimewaan yang diberikan kepada pendeposit yang membuka akaun/ membuat penambahan simpanan ke dalam akaun penerima manfaat.

Insentif pelepasan taksiran cukai ini adalah layak bagi ibu bapa / ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang membuka akaun atau menambah simpanan ke dalam akaun SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat.

Tarikh kuat kuasa insentif pelepasan taksiran cukai dinaikkan kepada RM8,000 adalah mulai tahun taksiran 2019.

Simpanan bersih tahun semasa adalah jumlah simpanan yang dibuat dalam tahun semasa dan ditolak dengan jumlah pengeluaran di dalam tahun yang sama.

Simpanan bersih bagi kedua-dua produk SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.

Pendeposit boleh menyemak atau mencetak Penyata Ringkasan Akaun SSPN Untuk Pelepasan Cukai di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.

Tarikh akhir simpanan untuk insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan adalah pada 31 Disember setiap tahun.

Pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih bagi tahun taksiran semasa sebanyak RM2,000 (RM3,000 - RM1,000).

Pengiraan:

Baki akaun sebelumnya = RM4,500.00 (tidak diambil kira)
Penambahan deposit semasa = RM3,000.00
Pengeluaran deposit semasa = RM1,000.00
Simpanan bersih semasa = RM2,000.00

Pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi tahun taksiran semasa sebanyak RM8,000 sahaja.

Pengiraan:

SSPN-i = RM6,000.00
SSPN-i Plus = RM2,400.00
Jumlah simpanan bersih tahun semasa = RM8,400.00
Simpanan bersih layak pelepasan cukai = RM8,000.00

Pendeposit boleh mengemukakan salinan Penyata Ringkasan Akaun SSPN Untuk Pelepasan Cukai yang dicetak daripada Portal Rasmi PTPTN.

Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i Plus layak menerima pelepasan cukai pendapatan sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam SSPN-i Plus dan RM3,000 bagi caruman takaful.

Pendeposit SSPN-i Plus yang memilih skim pencen layak menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam SSPN-i Plus dan RM7,000 bagi caruman takaful.