Menghapus Kira Baki Hutang Kepada Peminjam Yang Berusia 60 Tahun dan Ke Atas dan Berpendapatan Kurang Daripada RM4,000 Sebulan:

Semua peminjam PTPTN yang berusia 60 tahun dan ke atas mulai 1 Januari 2019 layak menikmati insentif ini sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  1. Umur mencecah 60 tahun pada 1 Januari 2019;

  2. Pendapatan kasar kurang RM4,000 ketika umur mencecah 60 tahun;

  3. Konsisten membayar balik mengikut ansuran bulanan yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum mencapai umur 60 tahun; dan

  4. Masih mempunyai baki hutang untuk dilupuskan.

Penentuan pendapatan bagi peminjam yang telah bersara swasta adalah berdasarkan 60% daripada pendapatan kasar yang diterima pada bulan terakhir perkhidmatan. Manakala bagi Pesara Kerajaan, penentuan adalah berdasarkan slip pencen yang terkini.

Peminjam yang konsisten membayar balik mengikut ansuran bulanan yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut sebelum mencapai umur 60 tahun.

Contoh:

Umur Peminjam pada 1 Januari 2019: 60 tahun
Pendapatan Peminjam: RM3,800
Ansuran bulanan: RM200
Tempoh bayaran balik perlu konsisten: 3 tahun mulai Januari 2016 hingga Dis 2018

Nota: Sekiranya dalam tempoh tersebut, terdapat bulan yang peminjam tidak membuat bayaran mengikut ansuran bulanan, maka peminjam tidak layak menikmati insentif ini.

Insentif ini bagi menghargai peminjam yang berusaha membuat bayaran balik dengan baik dan konsisten.

Layak sekiranya peminjam konsisten membuat bayaran balik berdasarkan ansuran dan tempoh yang ditetapkan PTPTN.

Peminjam perlu membuat permohonan dengan menyertakan maklumat pendapatan terkini yang disahkan.

Ya. PTPTN akan membuat semakan data pendapatan dengan mana-mana agensi yang boleh mengesahkan maklumat pendapatan tersebut seperti Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) atau majikan.

Tidak layak kerana gaji melebihi RM4,000.Tarikh kuat kuasa insentif ini adalah pada 1 Januari 2019. Pertimbangan diberikan sekiranya peminjam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2019.

Layak. Penentuan pendapatan adalah 60% daripada pendapatan akhir. Tempoh konsisten adalah tiga (3) tahun berturut-turut sebelum mencapai umur 60 tahun.

Contoh:

Umur Peminjam pada 1 Januari 2019 : 60 tahun
Umur bersara pada 1 Januari 2014 : 55 tahun
Pendapatan akhir sebelum bersara : RM6,000.00
60% daripada pendapatan akhir : RM3,000.00
Ansuran bulanan : RM200.00
Tempoh bayaran balik perlu konsisten : 3 tahun mulai Januari 2016 hingga Dis 2018

Peminjam boleh mengetahui samada pinjaman telah dilupuskan dengan menyemak penyata pinjaman masing-masing di www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 selepas 3 bulan daripada permohonan lengkap diterima.