Potongan Pinjaman Kepada Pelajar Daripada Isirumah B40 Dan M40 Yang Mendapat Keputusan Kelas Pertama

Ia bermaksud pengecualian bayaran balik pinjaman akan diberikan kepada peminjam peringkat Ijazah Sarjana Muda kumpulan B40 dan M40 yang mendapat keputusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama.

Syarat baharu ini adalah selaras dengan pengumuman Belanjawan 2019 dan hanya terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019 sahaja.

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;

  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;

  3. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika menamatkan pengajian (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019);

  4. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN; dan

  5. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Dalam konteks PTPTN, pendapatan isi rumah merujuk kepada pendapatan kasar peminjam, ibu dan bapa (sekiranya masih bujang) atau pendapatan kasar peminjam dan pasangan (sekiranya telah berkahwin) semasa tamat pengajian. Maklumat julat pendapatan B40, M40 dan T20 adalah berdasarkan House Income and Expenditure Survey 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan pada Oktober 2017. Selain itu juga PTPTN akan membuat semakan dengan data Bantuan Sara Hidup (BSH).

Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN - Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Peminjam dikehendaki memuat naik salinan dokumen sokongan masing-masing yang telah disahkan antaranya seperti transkrip peperiksaan, Skrol Ijazah Kelas Pertama, Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (bagi peminjam IPTS) dan slip gaji peminjam/ibu/bapa/pasangan/penjaga peminjam (mana-mana yang berkaitan).

Tidak layak. Hanya pinjaman peringkat Ijazah Sarjana Muda akan dikecualikan bayaran balik. Peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat Diploma