Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19:

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik pinjaman PTPTN dalam tempoh yang dinyatakan.

Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.

Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan diberikan secara automatik.

Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 September 2020 dan dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2020 seperti mana diumumkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada 4 Ogos 2020.

Peminjam diberikan penangguhan untuk membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 berkuat kuasa.

Tidak perlu. Potongan gaji/ direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. 

Penangguhan potongan gaji/ direct debit juga berkuat kuasa mulai tarikh yang sama. Walau bagaimanapun, akan ada peminjam yang telah dibuat potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik melibatkan semua Penjawat Awam (Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun) dan sebahagian kakitangan agensi Swasta. Peminjam perlu menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (Semakan Penyata Pinjaman). Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima.

Peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji/ direct debit perlu membuat permohonan di pautan www.ptptn.gov.my/covid-19 selewat-lewatnya pada 20 November 2020 bagi potongan gaji dan 22 November 2020 bagi direct debit.

Tidak perlu. Majikan hendaklah mengkreditkan terus amaun potongan kepada PTPTN. Peminjam perlu sentiasa menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (Semakan Penyata Pinjaman). Tiada pemulangan (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.

Tidak perlu. Semua potongan gaji dan direct debit akan diteruskan sepertimana sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19.

Peminjam dikehendaki berunding dengan AKPK berhubung perkara ini.

Sebarang keputusan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.

Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik kepada semua peminjam yang tidak mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19 diberikan.

Peminjam yang telah mempunyai tunggakan sebelum penangguhan ini dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Bagi peminjam Konvensional, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman melalui kaedah pertukaran Ujrah.

Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu.

Tidak. Peminjam hanya akan menerima notis makluman melalui e-mel yang didaftarkan dengan PTPTN. Peminjam dikehendaki sentiasa mengemaskini alamat e-mel yang terkini di pautan www.ptptn.gov.my/mail/Utama.

Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik sepertimana penangguhan sedia ada.

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.

3 kaedah menghubungi PTPTN:-

  1. Menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan www.ptptn.gov.my/hubungi-menu/cawangan-menu;
  2. Mengemukakan pertanyaan di pautan bit.ly/e-AduanPTPTN. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; atau
  3. Menghubungi Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.