Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19:

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik pinjaman PTPTN dalam tempoh yang dinyatakan.

Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.

Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan diberikan secara automatik.

Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 September 2020.

Peminjam diberikan penangguhan untuk membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 berkuat kuasa.

Tidak perlu. Potongan gaji/ direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ direct debit, permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Penangguhan potongan gaji/ direct debit juga berkuat kuasa mulai tarikh yang sama. Walau bagaimana pun, akan ada peminjam yang telah dibuat potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik melibatkan semua Penjawat Awam (Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun) dan sebahagian kakitangan agensi Swasta. Peminjam perlu menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (Semakan Penyata Pinjaman). Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima.

Potongan gaji/ direct debit akan dihentikan sepenuhnya pada bulan April hingga September 2020 kecuali bagi peminjam yang bersetuju meneruskan potongan dengan membuat permohonan di www.ptptn.gov.my/covid-19 selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2020.

Tidak perlu. Majikan hendaklah mengkreditkan terus amaun potongan kepada PTPTN. Peminjam perlu sentiasa menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (Semakan Penyata Pinjaman). Tiada pemulangan (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.

Tidak perlu. Semua potongan gaji dan direct debit akan diteruskan sepertimana sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19.

Peminjam dikehendaki berunding dengan AKPK berhubung perkara ini.

Sebarang keputusan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.

Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik kepada semua peminjam yang tidak mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19 diberikan.

Peminjam yang telah mempunyai tunggakan sebelum penangguhan ini dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Bagi peminjam Konvensional, penstrukturan semula pinjaman akan dilaksanakan melalui pertukaran Ujrah.

Rekod CCRIS peminjam adalah sama seperti sebelum penangguhan dilaksanakan kerana tempoh penangguhan dianggap tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam masih meneruskan pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu.

Tidak. Peminjam hanya akan menerima notis makluman melalui emel yang didaftarkan dengan PTPTN. Peminjam yang ingin mengemaskini alamat emel, boleh berbuat demikian di Pengemaskinian Maklumat Peminjam.

Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik sepertimana penangguhan sedia ada.

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran perbankan internet yang disediakan.

Sepanjang tempoh PKP, PTPTN akan beroperasi pada kapasiti yang terhad. Ibu pejabat dan semua cawangan PTPTN ditutup kepada urusan dengan orang ramai. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000 juga ditutup mulai 26 Mac 2020.

Pelanggan boleh berkomunikasi dengan PTPTN dalam tempoh PKP melalui kaedah berikut:

  1. Menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan Hubungi PTPTN; atau
  2. Mengemukakan pertanyaan di pautan e-Aduan. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.