Borang Bayaran Balik

Klik pada senarai di bawah untuk melihat Borang berkaitan Bayaran Balik PTPTN. Untuk makluman, dokumen adalah di dalam format Adobe Acrobat (*.pdf) kecuali borang online dan seperti yang dinyatakan.

Bil. Nama Borang Keterangan Muat Turun
1. Borang Permohonan Dan Akuan Peminjam Bagi Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kerana Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau Setaraf Dengannya Bagi tujuan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman. Borang Akuan Pelajar adalah salah satu dokumen yang mesti dilampirkan semasa membuat permohonan.
2. Borang Kemaskini Maklumat Pertukaran Pinjaman Ujrah Borang ini bertujuan untuk peminjam mengemaskini maklumat pertukaran Ujrah.
3. Borang Permohonan Penggabungan Pinjaman Penggabungan pinjaman ditawarkan kepada peminjam yang mempunyai lebih dari satu pinjaman untuk digabungkan menjadi satu pinjaman. Kemudahan ini bertujuan untuk memudahkan peminjam menguruskan satu pinjaman sahaja.
4. Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Bagi memohon penangguhan bayaran balik setelah tamat pengajian.
5. Borang Pembatalan Potongan Gaji Bagi Peminjam PTPTN Borang Pembatalan Potongan Gaji Bagi Peminjam PTPTN.
6. Borang Pindaan / Pembatalan Direct Debit (Pinjaman) Permohonan pindaan / pembatalan Direct Debit bagi pinjaman PTPTN.
7. Borang Permohonan Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman Pendidikan PTPTN Borang ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peminjam menjadualkan/ menstrukturkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) Pinjaman pendidikan PTPTN berdasarkan kemampuan kewangan semasa penerima biaya.
8. Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman Bagi tujuan membuat pindahan deposit SSPN-i atau lebihan bayaran balik Pinjaman ke akaun pendeposit/ penerima biaya yang sama/ lain.
9. Borang Bon Tanggung Rugi Pulangan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Bagi tujuan tuntutan lebihan bayaran balik yang tidak melebihi RM3,000.00 yang perlu dilengkapkan oleh waris kepada peminjam yang telah meninggal dunia.
10. Borang Perubahan Maklumat Pelanggan Borang ini bertujuan untuk pelanggan membuat sebarang perubahan.