TONTON, JAWAB

& MENANG!

Peraduan Siri Podcast “PTPTN Call Ke Tu?” mempunyai 6 episod untuk membantu memberi panduan dan tip pengurusan kewangan agar dapat membuat bayaran balik secara konsisten. Tawaran hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM5,400* kepada penerima panggilan yang berjaya menjawab soalan dengan betul.

PANEL

Nantikan barisan panel hebat dan moderator yang akan mengupas tentang topik kewangan di setiap episod.

ARIFF PETER

Seorang usahawan dan personaliti media sosial yang dikenali kerana berjaya melunaskan hutang RM1 juta melalui disiplin dan pelaburan bijak. Gaya santainya menginspirasi ramai anak muda untuk celik kewangan.

ASYIKIN AMRAN

Seorang pencipta kandungan digital yang dikenali menerusi gaya hidup sebagai isteri dan ibu. Pendekatannya yang aktif berkongsi kandungan autentik dan estetik menjadikannya inspirasi dalam dunia home living dan mom life.

Nantikan...

Seorang panel istimewa bakal turut serta dalam siri podcast ini dengan pengalaman unik dan perspektif berbeza yang pasti mencetuskan inspirasi. Siapakah beliau? Nantikan kemunculan beliau dalam episod akan datang!

PUTRI NUR BALQIS

Pegawai daripada Seksyen Pemasaran Digital yang merupakan muka hadapan di media sosial rasmi PTPTN. Seorang yang petah berbicara, beliau berperanan penting sebagai moderator dalam siri podcast ini.

EPISOD

Ikuti kesemua episod yang membincangkan pelbagai topik menarik yang akan dikupas bersama panel jemputan istimewa.

EPISOD 1

Bebas Gaya, Terikat Realiti

Nak hidup bebas gaya tapi realitinya poket makin nipis? Dalam episod ini, kita bongkar dilema anak muda dalam mengejar gaya hidup tanpa mengorbankan kestabilan kewangan. Gaya boleh bebas, tapi kewangan harus berpada. Ikuti perkongsian ini.

Tarikh : 22 Mei 2025 (Khamis)
Masa: 5:30 PM – 6:30 PM

EPISOD 2

Mustahil ke Kaya Tanpa Berhutang?

Ramai kata nak kaya mesti berhutang dulu, tapi betul ke? Dalam episod ini akan membincangkan sama ada kekayaan boleh dibina tanpa beban hutang atau itu hanyalah sekadar mitos kewangan. Jom cari jawapannya bersama panel jemputan.

Tarikh : 29 Mei 2025 (Khamis)
Masa: 5:30 PM – 6:30 PM

EPISOD 3

Cara Urus Hutang: Teknik Snowball vs Avalanche

Nak bebas hutang tapi tak tahu nak mula dari mana? Dalam episod ini, kita bandingkan dua teknik popular iaitu Snowball dan Avalanche untuk bantu anda melunaskan hutang dengan lebih pantas dan bijak. Mana satu paling sesuai untuk anda?

Tarikh : 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 5:30 PM – 6:30 PM

EPISOD 4

Macam Mana Nak Bebas Hutang Kad Kredit?

Swipe sana, swipe sini tahu-tahu baki makin naik. Kad kredit memang mudah, tapi nak bebas daripadanya perlukan strategi. Dalam episod ini, kita bongkar langkah demi langkah untuk keluar dari perangkap kad kredit dengan tenang dan teratur.

Tarikh : 26 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 5:30 PM – 6:30 PM

EPISOD 5

Simpanan vs Hutang: Mana Lebih Penting?

Gaji tak besar, pilihan pula terhad. Nak bayar hutang dulu atau mulakan simpanan? Dalam episod ini, kita bincang strategi kewangan sebenar yang mana satu patut diutamakan supaya kewangan kekal sihat dan terurus.

Tarikh : 20 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 5:30 PM – 6:30 PM

EPISOD 6

Bebas Hutang, Bebas Hidup

Hidup tanpa hutang adalah impian semua, tapi macam mana nak capai? Dalam episod ini, kita kupas langkah-langkah untuk capai kebebasan kewangan dan hidup lebih tenang tanpa bebanan hutang.

Tarikh : 24 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 5:30 PM – 6:30 PM

SERTAI

Peluang terbuka untuk semua penonton siaran langsung bagi memenangi hadiah tunai menarik.

DAFTAR

Daftar penyertaan anda di sini. Penyertaan anda disahkan serta merta setelah pendaftaran dibuat.

TONTON

Tonton siaran langsung siri podcast setiap episod di TikTok atau Facebook @PTPTNOfficial.

JAWAB

Jawab panggilan dengan menyebut “PTPTN! Helo” serta jawab satu soalan dengan tepat.

Nilai hadiah akan digandakan sebanyak RM150 dan dibawa ke penerima panggilan seterusnya sekiranya tiada peserta yang berjaya sama ada tidak menjawab panggilan, tidak menyebut “PTPTN! Helo” atau gagal memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang diajukan.

Anda berpeluang memenangi hadiah keseluruhan

DAFTAR

Daftar penyertaan untuk melayakkan diri menerima panggilan daripada PTPTN dan peluang memenangi hadiah tunai sehingga RM5,400*!

Daftar Penyertaan Anda Sekarang