*Tertakluk terma & syarat
1 Mei 2025 – 31 Julai 2025
1 Ogos 2025 – 30 September 2025
Ganjaran Kesetiaan adalah ganjaran tambahan yang diberikan ke atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen.
Pendeposit yang mempunyai akaun Simpan SSPN yang berstatus aktif semasa agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
*Semak penyata simpanan anda di myPTPTN bermula 2 Mei 2025
Pastikan anda menjadi salah seorang yang menerima ganjaran terhebat ini
Pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2021 (“akaun yang layak”)
Membuat penambahan simpanan terkumpul minimum RM1,000 di dalam akaun yang layak menyertai GK
Pengeluaran tidak dibenarkan dari mana-mana akaun (LAYAK dan TIDAK LAYAK) di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen
Pendeposit tidak dibenarkan membuat pengeluaran simpanan dari akaun yang LAYAK terima GK sepanjang tempoh pengekalan
Ikuti 3 langkah mudah dibawah untuk merebut ganjaran istimewa ini
Muat turun & log masuk myPTPTN
Tambah simpanan terkumpul RM1,000 ke dalam akaun Simpan SSPN Prime dalam tempoh kempen
Pastikan tiada pengeluaran dibuat dari akaun Simpan SSPN Prime sepanjang tempoh kempen dan tempoh pengekalan
Soalan lazim
Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025 adalah kempen di mana PTPTN menghargai pendeposit yang kekal setia dengan produk Simpan SSPN Prime dan membuat simpanan dalam jangka masa panjang.
Ganjaran Kesetiaan (GK) merupakan ganjaran tambahan yang berbeza dengan dividen, ganjaran ini diberikan ke atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen.
Kempen ini akan bermula pada 1 Mei 2025 dan berakhir pada 31 Julai 2025.
Kempen ini terbuka untuk pendeposit Simpan SSPN Prime yang mempunyai akaun dan memenuhi kriteria berikut:-
i. Pendeposit merupakan warganegara Malaysia.
ii. Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2021 (“akaun yang layak”).
iii. Membuat penambahan simpanan* terkumpul (tidak termasuk dividen tahun semasa) minimum RM1,000 di dalam akaun yang layak menyertai GK. Akaun tersebut mestilah AKTIF serta TIDAK DITUTUP sehingga tarikh pengkreditan GK dan memenuhi terma dan syarat GK.
Akaun layak GK boleh disemak dipautan https://www.ptptn.gov.my/GanjaranKesetiaan2025/Utama kelayakan yang dipaparkan adalah layak dan sah sehingga 28 April 2025.