Template Mewarna Ann Jaafar x BMS 2025

Serlahkan kreativiti anak-anak melalui aktiviti mewarna bertemakan pengembaraan menabung yang menyeronokkan. Luangkan masa berkualiti bersama mereka sambil menerapkan nilai menabung dan imaginasi warna-warni.

Muat turun template ini secara percuma hari ini!

Nota Pengembaraan

Setiap pengembaraan bermula dengan satu langkah kecil dan setiap langkah perlukan semangat!

Gunakan Nota Pengembaraan ini untuk anak-anak tulis kata-kata motivasi mereka sendiri, agar semangat menabung sentiasa hidup di setiap helaian.

MISI PENGEMBARAAN MENABUNG MASA DEPAN

31 Hari, 31 Misi

Setiap ringgit yang disimpan adalah harta karun berharga untuk anak anda. Lebih banyak anak-anak menyimpan, lebih kukuh bekalan untuk perjalanan pendidikan mereka.

Muat turun Jadual Misi Pengembaraan Menabung Masa Depan dan rekod perjalanan misi menabung anak anda hari ini!

PEMENANG KATEGORI SATU:
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Jarrel Chong Yan Shen
14042413XXXX

Pertama:
RM350 + e-Sijil

Muhammad Naail Bin Muhammad Nabil
18081110XXXX

Kedua:
RM250 + e-Sijil

Tan Zhi Qi
16101201XXXX

Ketiga:
RM150 + e-Sijil

Aisy Medina Binti Mohammad Zul Hazlan
18120913XXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Fayyadh Rizqi Bin Muhammad Fahmi Afifi
18090505XXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Muhammad Akif Syarafuddin Bin Arif
13060611XXXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Muhammad Uwais Bin Mohammed Naim
16011108XXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Faris Izzat Bin Mohd Fairo Ikhwan
15011811XXXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

PEMENANG KATEGORI DUA:
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Chew Yu Qi
08070107XXXXX

Pertama:
RM350 + e-Sijil

Ooi Zi En
11031702XXXX

Kedua:
RM250 + e-Sijil

Yap Min Enn
11021301XXXXX

Ketiga:
RM150 + e-Sijil

Tan Li Ren
10012004XXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Ja-Ja Arissa Binti Abd Aziz
08061210XXXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Chinta Suri Eowyn Binti Zulkifli
11040404XXXXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Fakhrul Izz Bin Mohd Fairo Ikhwan
09101011XXXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

Alya Damia Binti Mohd Shah Redza
11051501XXXXXX

Saguhati:
RM50 + e-Sijil

SLOT ANN JAAFAR

Saksikan hasil karya unik daripada pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar secara langsung di BMS 2025! Lebih menarik, beliau juga akan mengadakan sesi lukisan bersama anak-anak, memberi peluang kepada si kecil untuk mengekspresikan kreativiti sambil merasai sendiri pengalaman seni yang menyeronokkan.

PERTANDINGAN MEWARNA SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  yang ingin menampilkan kreativiti mereka melalui sentuhan warna-warni penuh ceria. Sertai kami dan nikmati momen penuh keseronokan sambil menyokong si cilik beraksi dalam pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.

Jumpa anda di Central i-City Mall, Selangor pada 26 – 28 September 2025.

PERTANDINGAN MEWARNA SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah tadika dan rendah terpilih  yang ingin menampilkan kreativiti mereka melalui sentuhan warna-warni penuh ceria. Sertai kami dan nikmati momen penuh keseronokan sambil menyokong si cilik beraksi dalam pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.

Jumpa anda di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 31 Oktober – 2 November 2025.

SEMBANG BMS: KENALI DUNIA HAIWAN

Rasai pengalaman unik bersama haiwan manja, jinak dan eksotik tanpa had masa di Mini Zoo BMS 2025! Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba aktiviti menyeronokkan seperti fish scooping dan berpeluang membawa pulang ikan tersebut sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Harga tiket hanya RM5 seorang. Sangat berbaloi untuk pengalaman penuh keriangan bersama seisi keluarga.

MEMORY CHALLENGE

Aktiviti ini TERBUKA kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji sejauh mana daya ingatan dan fokus anda dalam suasana penuh cabaran dan mendebarkan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan memori peserta sambil merebut cenderamata eksklusif BMS 2025.

PERTANDINGAN BABY MERANGKAK RACE

Saksikan gelagat comel si kecil berlumba hingga ke garisan penamat! Pertandingan ini bukan sahaja mencuit hati, malah menjadi peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak sambil menikmati masa berkualiti bersama.

Jom hadir beramai-ramai dan meriahkan suasana di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.

KOTAK MISTERI & ADA APA DALAM BEG

Uji keberanian anda dalam Kotak Misteri dengan meneka barang tersembunyi atau buktikan kepantasan dalam Ada Apa Dalam Beg dengan menjadi yang paling pantas mencari barang rawak.

Sertai aktiviti spontan penuh gelak tawa ini dan anda berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif!

KUIZ ONLINE

Sesi ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji pengetahuan dalam pelbagai topik melalui soalan interaktif secara langsung di aplikasi Kahoot!. Cepat dan tepat adalah kunci untuk mengumpul mata tertinggi dan pemenang bakal membawa pulang cenderamata eksklusif BMS 2025.

CLOWN SHOW

Bersiap sedialah untuk gelak tawa tanpa henti apabila Clown Show tampil menghiburkan seisi keluarga dengan aksi lucu, helah mengejutkan dan telatah mencuit hati yang pasti mengujakan.

Jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda menyaksikan persembahan penuh keceriaan ini.

PERSEMBAHAN BUSKERS

Saksikan persembahan buskers yang memukau dengan alunan muzik penuh jiwa. Rasai sendiri suasana ceria sambil berhibur bersama seisi keluarga. Anda juga boleh turut serta menyanyi dan bersorak bersama untuk memeriahkan pentas jalanan BMS 2025.

MEET & GREET WITH DIDI & FRIENDS DAN P&T SIMPAN SSPN

Bawa anak-anak anda bertemu secara dekat dengan maskot Didi & Friends dan P&T Simpan SSPN! Selain bergambar dengan watak kegemaran, si kecil juga berpeluang tampil di pentas untuk menyanyi dan menari bersama maskot kesayangan mereka.

Inilah detik istimewa yang akan menceriakan anak-anak dan mencipta memori manis buat seisi keluarga ketika anda hadir memeriahkan BMS 2025.

JENGA FAMILY COMPETITION SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji ketangkasan, kesabaran dan strategi kumpulan dalam membina menara Jenga tertinggi tanpa tumbang. Ayuh sertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam cabaran binaan blok yang penuh mendebarkan! 

PTPTN ESPORTS CHALLENGE (MOBILE LEGENDS: BANG BANG): FINAL

Saksikan detik penuh debaran dua (2) pasukan terbaik yang berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara PTPTN Esports Challenge 2025.

Jom sama-sama menyaksikan pertarungan sengit ini secara langsung di Central i-City Mall, Selangor pada 27 September 2025. Ikuti juga siaran langsung di Facebook dan YouTube rasmi PTPTN.

PERTANDINGAN ACTION SONG SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  bagi mempamerkan bakat nyanyian dan pergerakan kreatif kanak-kanak di atas pentas. 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan penuh warna-warni, penuh semangat dan bertenaga si cilik di Central i-City Mall, Selangor pada  27 September 2025.

SEMBANG BMS: THE POWER OF PLAY, UNLOCKING A CHILD’S FULL POTENTIAL

Jom sertai sesi santai yang membincangkan topik menarik tentang peranan ibu bapa dalam bermain bersama anak bagi menyokong perkembangan awal kanak-kanak. Perkongsian istimewa ini akan disampaikan oleh Pengasas TATEH, eksklusif untuk para pengunjung BMS 2025.

PEMENANG
CABUTAN ISTIMEWA

Nur Izzati Mior binti Muhammad Najib

Hadiah: Sterilizer

Adina binti Salim @ Mad Salim

Hadiah: Katamino

Wong Kin Hing

Hadiah: Katamino

Tham Yu Chuen

Hadiah: Cooler bag

Muhammad Muhaimin bin Aliudin

Hadiah: Cooler bag

Nurfarahanim binti Hanafi

Hadiah: Carseat

SEMBANG BMS: WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE: BIJAK WANG

Uji pengetahuan anda dalam literasi kewangan menerusi aktiviti kuiz yang semakin mencabar di setiap pusingan! Acara ini akan dikendalikan secara santai bersama fasilitator dan peserta akan dipilih dalam kalangan penonton untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,000 tajaan penuh Great Eastern Takaful Berhad (GETB).

Aktiviti ini turut menggalakkan budaya menabung dan pengurusan wang yang bijak, selari dengan tema BMS 2025.

PERTANDINGAN SIMPAN SSPN GOT TALENT

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  sahaja. Saksikan bakat luar biasa kanak-kanak melalui pelbagai persembahan menarik seperti bercerita, bersyair, menari, menyanyi, silap mata dan banyak lagi! 

Jom datang beramai-ramai dan berikan sokongan kepada peserta cilik di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.

PERTANDINGAN SIMPAN SSPN GOT TALENT

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  sahaja. Saksikan bakat luar biasa kanak-kanak melalui pelbagai persembahan menarik seperti bercerita, bersyair, menari, menyanyi, silap mata dan banyak lagi!

Jom datang beramai-ramai dan beri sokongan kepada para peserta cilik di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 1 November 2025.

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SIMPAN SSPN

Saksikan kreativiti kanak-kanak tadika terpilih memperagakan pakaian beragam bertemakan “Pengembaraan Adventure”. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan keyakinan si cilik di khalayak umum, malah turut menjadi medium pembelajaran dalam membentuk moral yang baik serta mengasah daya pemikiran kreatif mereka.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi si comel di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SIMPAN SSPN

Saksikan kreativiti kanak-kanak tadika terpilih memperagakan pakaian beragam bertemakan “Pengembaraan Adventure”. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan keyakinan si cilik di khalayak umum, malah turut menjadi medium pembelajaran dalam membentuk moral yang baik serta mengasah daya pemikiran kreatif mereka.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi si comel di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 2 November 2025.

PERADUAN MENCARI SUPERHEROES

Peraduan ini TERBUKA kepada semua pendeposit dan/ atau penerima manfaat Simpan SSPN. Peserta perlu berkongsi pengalaman serta perancangan mereka dalam menguruskan kewangan pendidikan anak melalui sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Seorang peserta paling kreatif akan dinobatkan sebagai “Superhero Terunggul” dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

PERADUAN DOODLE SUPERHEROES

Peraduan ini TERBUKA kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Hasilkan karya doodle kreatif bertemakan “Adventure – 2025” dengan menerapkan elemen penabungan dan Simpan SSPN. Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000 yang bakal dimenangi oleh 16 pemenang.

PERADUAN TERBANG TINGGI CHALLENGE

Peraduan ini TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia! Hasilkan video kreatif dengan menggunakan lagu rasmi “Terbang Tinggi” dan muat naik di TikTok. Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 yang bakal dimenangi oleh 30 pemenang!

LOKASI DAN TENTATIF BMS SETIAP NEGERI

Semak lokasi sambutan dan tentatif lengkap BMS 2025 di lokasi berhampiran anda. 

Central Concourse, GF,
Central i-City Mall
26 – 28 September 2025
10.00 pagi – 10.00 malam

Main Atrium, GF,
Sunway Velocity Mall
31 Oktober – 2 November 2025
10.00 pagi – 10.00 malam

Level 1, Main Atrium,
Sunshine Central Penang
27 September 2025
10.00 pagi – 7.00 petang

Ruang Legar Utama,
AEON Mall Ipoh Klebang
27 September 2025
10.00 pagi – 6.00 petang

Centre Atrium,
Alor Star Mall
27 September 2025
10.00 pagi – 7.00 petang

Dewan Indera Kayangan, Ibu Pejabat Bomba Negeri Perlis
27 September 2025
9.00 pagi – 2.00 petang

Concourse Aras 2,
Angsana Johor Bharu Mall
27 September 2025
10.00 pagi – 7.00 petang

Pentas Utama,
Mahkota Parade
27 September 2025
10.00 pagi – 6.00 petang

Palm Concourse,
Palm Mall
27 September 2025
9.00 pagi – 7.00 petang

Ground Floor, Centre Atrium,
KTCC Mall
27 September 2025
10.00 pagi – 6.00 petang

Ruang Legar MYDIN Tunjong Hypermarket, Kota Bharu
27 September 2025
10.00 pagi – 6.00 petang

Ground Floor, Main Concourse,
Kuantan City Mall
27 September 2025
10.00 pagi – 7.00 petang

Tingkat 4, Palm Square,
Centre Point
27 September 2025
10.00 pagi – 5.00 petang

South Court, Ground Floor,
AEON Mall Kuching
27 September 2025
10.00 pagi – 7.00 petang

PODCAST BIJAK DIDIK, BIJAK SIMPAN

Kupasan santai namun sarat dengan ilmu bermanfaat bersama Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, dan panel jemputan istimewa dari Tateh Malaysia, Puan Siti Shafurah serta Puan Norhayati (Tok Mama) tentang pengurusan kewangan keluarga, cara mendidik anak menabung sejak kecil serta tip keibubapaan agar setiap langkah anda sebagai ibu bapa menjadi pelaburan berharga untuk masa depan anak-anak.

📅 21 Oktober 2025 (Selasa)
8.30 malam
📍 Siaran langsung di TikTok & Facebook @PTPTNOfficial

Pastikan anda tonton hingga akhir dan rebut peluang memenangi hadiah cabutan istimewa!

JENGA FAMILY COMPETITION SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji ketangkasan, kesabaran dan strategi kumpulan dalam membina menara Jenga tertinggi tanpa tumbang. Ayuh sertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam cabaran binaan blok yang penuh mendebarkan! 

MEMORY CHALLENGE

Aktiviti ini TERBUKA kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji sejauh mana daya ingatan dan fokus anda dalam suasana penuh cabaran dan mendebarkan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan memori peserta sambil merebut cenderamata eksklusif BMS 2025.

KUIZ ONLINE

Sesi ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji pengetahuan dalam pelbagai topik melalui soalan interaktif secara langsung di aplikasi Kahoot!. Cepat dan tepat adalah kunci untuk mengumpul mata tertinggi dan pemenang bakal membawa pulang cenderamata eksklusif BMS 2025.

PEMENANG
PERADUAN MENCARI SUPERHEROES

Tahniah kepada En. Thanaraj A/L Raman (89100310XXXX) atas kejayaan dinobatkan sebagai pemenang utama Peraduan Mencari Superheroes sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025!

Beliau berjaya membawa pulang hadiah tunai bernilai RM10,000 hasil perkongsian video kreatif yang penuh inspirasi dalam merancang kewangan pendidikan anak-anak melalui Simpan SSPN.

PTPTN mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha serta kreativiti yang ditonjolkan. Anda sememangnya Superhero Terunggul Simpan SSPN! 💙

Happy Hour

Buka akaun atau tambah simpanan di Simpan SSPN dan dapatkan cenderamata eksklusif BMS 2025. Slot Happy Hour ini TERBUKA kepada semua pendeposit yang hadir ke BMS 2025 di lokasi terpilih seluruh negera mengikut ketetapan masa yang tertentu.