Soalan 1:

Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP dan siapakah yang layak memohon?

Jawapan:

Anda hendaklah membuat persetujuan menerima WPP semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT. Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria berikut:-

i.      Penjaga pelajar/pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);

ii.     Warganegara Malaysia;

iii.    Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam &  Politeknik; dan

iv.    Tidak pernah menerima WPP

Soalan 2:

Bolehkah saya membuat rayuan mendapatkan WPP, sekiranya penjaga dan saya bukan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

Jawapan:

Tidak boleh. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar yang penjaga atau dirinya sendiri adalah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sahaja.

Soalan 3:

Adakah WPP diberi secara percuma?

Jawapan:

Tidak. WPP sebanyak RM1,500 merupakan sebahagian daripada pinjaman pendidikan yang diberikan lebih awal sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 dari jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik selama tiga semester ke hadapan sebaik sahaja pelajar menerima pinjaman.

Soalan 4:

Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?

Jawapan:

Anda dikehendaki hadir di mana-mana kaunter CIMB Bank dengan membawa bersama MyKad dan waran WPP.

Soalan 5:

Saya telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT, tetapi saya tidak bercadang untuk belajar di IPT tersebut. Bolehkah saya menunaikan WPP yang ditawarkan?

Jawapan:

Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, WPP tidak perlu ditunaikan. Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta'wid sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 7 dari tamat waran.

Soalan 6:

Saya telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Sijil di Politeknik. Adakah saya layak untuk ditawarkan WPP?

Jawapan:

Anda tidak layak kerana pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar yang menerima tawaran mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di Universiti Awam dan Politeknik sahaja.

Tarikh dikemaskini: 07 Mac 2016