W3C (Disability Access)
Portal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan kemudahan untuk membantu pengguna portal yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan portal ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini juga bertujuan untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan portal boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.
Antara kemudahan yang disediakan di Portal PTPTN pada masa ini ialah:
-
Pengubahan Saiz Huruf/ Teks: Pengguna portal juga boleh mengubah saiz huruf/ teks untuk menjadi lebih besar atau lebih kecil mengikut kesesuaian dan memudahkan pembacaan. Ianya terletak di ruangan atas penjuru kanan muka hadapan portal PTPTN.
-
Pautan ke Pembaca Teks Luaran iaitu IE Page Reader: Pengguna perlu mendapatkan perisian tersebut dengan memuat turun IE Page Reader. Sebelum pengguna boleh menggunakan komponen ini, pengguna harus memuat turun MS Speech API. Jika pengguna menggunakan Windows 2000 ke atas, besar kemungkinan sistem pengguna sudah memiliki komponen ini. Pengguna juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
Untuk maklumat yang lebih terperinci , rujukan boleh dibuat kepada laporan How People With Disabilities Use The Web atau Web Content Accessibbility Guidelines 1.0 di laman web http://www.w3c.org/