Tindakan Penguatkuasaan Senarai Hitam Imigresen

1.   Peminjam boleh disenarai hitam jika masih ingkar membuat bayaran balik pinjaman atau mempunyai tunggakan.

2.  Tindakan senarai hitam dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyebabkan peminjam tidak dibenarkan memperbaharui passport dan/atau  dihalang daripada ke luar negara.

3.  Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

4.  Semakan senarai hitam boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi PTPTN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) - Semakan Senarai Hitam

  • Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

  • Hadir di kaunter PTPTN / JIM

 

 

5.  Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan. Dokumen yang perlu dibawa semasa rundingan ialah:

          i.   Salinan slip gaji 2 bulan terkini

          ii.  Salinan Penyata KWSP terkini

          iii.  Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

6. Klik disini untuk soalan lazim mengenai senarai hitam.

 

Tarikh dikemaskini : 19/02/2017