Soalan 1:
Bagaimana untuk mengetahui samada saya telah dikenakan tindakan saman?

 

Jawapan: 

Semakan saman boleh dilakukan dengan menghubungi Call Centre di talian 03-2080 4455.



Soalan 2:
Saya telah dikenakan tindakan saman dan saya tidak mampu untuk membuat bayaran sekaligus. Apakah kesannya?

 

Jawapan: 

Penghakiman ingkar atau persetujuan akan direkodkan, dan faedah penghakiman sehingga 8% setahun yang ditetapkan oleh mahkamah akan dikenakan ke atas keseluruhan pembiayaan pendidikan. Walau bagaimanapun, penerima biaya digalakkan menerima tawaran Ujrah dan bayaran balik berasaskan JBB yang baru.