JomPAY


Soalan 1 :
Apa itu JomPAY?

Jawapan :
JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.


Soalan 2 :
Apakah kemudahan yang disediakan melalui JomPAY?

Jawapan :
Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i / SSPN-i Plus menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan akaun kad kredit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah.


Soalan 3 :
Adakah JomPAY percuma?

Jawapan :
Ya, perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN-i / SSPN-i Plus.


Soalan 4 :
Di manakah saya boleh menggunakan JomPAY?

Jawapan :
Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 42 bank yang terlibat. Senarai bank boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN.


Soalan 5 :
Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?

Jawapan :
Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.


 

JomPAY PTPTN

Soalan 6 :
Saya telah mempunyai akaun (perbankan internet) bank yang terlibat. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan JomPAY bagi bayaran balik pinjaman/penambahan deposit SSPN-i / SSPN-i Plus?

Jawapan :
Anda hendaklah mendapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN terlebih dahulu sebelum membuat transaksi melalui JomPAY.


Soalan 7 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Biller Code?

Jawapan :
Biller Code adalah nombor unik untuk mengenalpasti Biller bagi JomPAY. Biller Code bagi JomPAY PTPTN adalah seperti berikut.

Kemudahan Produk Biller Code
Bayaran balik pinjaman

 
Pinjaman Ujrah 34975
Pinjaman Konvensional 96933
Penambahan deposit SSPN-i SSPN-i 731197
Penambahan deposit SSPN-i Plus SSPN-i Plus 99960

Soalan 8 :
Apakah Ref-1?

Jawapan :
Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh PTPTN untuk mengenal pasti akaun anda.


Soalan 9 :
Adakah Ref-1 berubah-ubah untuk bayaran seterusnya?

Jawapan :
Tidak. Ref-1 untuk JomPAY PTPTN adalah tetap berdasarkan akaun pelanggan. Pelanggan digalakkan mengemaskini sebagai Favourites setelah berjaya membuat transaksi pertama.


Soalan 10 :
Apakah langkah-langkah untuk menggunakan JomPAY Online?

Jawapan :
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan JomPAY Online:

  1. Dapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN.

  2. Daftar masuk perbankan internet/ telefon mudah alih.
    > Pilih Bill Payment > Cari menu JomPAY

  3. Mulakan transaksi bayaran .
    > Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2

  4. Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit*

  5. Masukkan jumlah bayaran dan teruskan bayaran.
    > Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya

  6. Kemaskini sebagai Favourites untuk bayaran seterusnya.

  7. Selesai.

*Penggunaan akaun kad kredit hanya dibenarkan untuk bayaran balik pinjaman sahaja.


Soalan 11 :
Siapakah kategori pelanggan yang boleh menggunakan JomPAY?

Jawapan :
Semua pelanggan 42 bank terlibat boleh menggunakan JomPAY. Bagaimanapun, untuk membuat bayaran balik pinjaman/penambahan deposit melalui kaedah ini, bayaran hanya boleh dilakukan untuk akaun peminjam/pendeposit yang menggunakan Kad Pengenalan Awam sahaja. Ini kerana semakan Biller Code dan Ref-1 di Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN hanya boleh dicapai melalui Kad Pengenalan Awam.


Soalan 12 :
Adakah bayaran pinjaman melalui JomPAY ini disediakan untuk Pinjaman Ujrah sahaja?

Jawapan :
Tidak. Kemudahan JomPAY boleh dinikmati untuk bayaran balik Pinjaman Ujrah dan Konvensional.


Soalan 13 :
Adakah terdapat had bagi bayaran melalui JomPAY?

Jawapan :
Had bayaran bagi JomPAY adalah seperti berikut:

Kemudahan Had minimum Had maksimum
Bayaran balik pinjaman RM1.00 Tiada had
Penambahan deposit SSPN-i / SSPN-i Plus RM20.00 Tiada had

Soalan 14 :
Apakah yang perlu saya lakukan setelah bayaran tidak berjaya?

Jawapan :
Pertama sekali, pastikan butiran bayaran adalah betul termasuk Biller Code, Ref-1 dan Jumlah Pembayaran.

Untuk bantuan seterusnya, sila hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000.


Soalan 15 :
Saya telah berjaya membuat transaksi, bilakah penyata saya dikemaskini?

Jawapan :
Bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya, Penyata Pinjaman/ e-SSPN-i / e-SSPN-i Plus di Portal Rasmi PTPTN akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.


 

Kemaskini: 24/08/2017