Kakitangan Awam Melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Perhatian :      Mereka yang berminat untuk membuat penambahan simpanan SSPN melalui kaedah potongan gaji hendaklah terlebih dahulu mempunyai akaun SSPN yang boleh dibuka di kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral, ejen PTPTN atau kaunter promosi SSPN.


  1. Potongan Gaji SSPN bagi kakitangan awam melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bermula pada Jun 2007 dengan kod potongan gaji 4433. Klik di sini bagi senarai JANM.
  1. Kakitangan awam melalui JANM yang berminat melaksanakan potongan gaji SSPN bolehlah mengisi Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN. Pastikan butir-butir yang diperlukan telah diisi dengan lengkap dan betul. Sila rujuk syarat-syarat permohonan potongan gaji SSPN di belakang borang sebelum mengisi borang tersebut.
  1. Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN boleh didapati di Ibu Pejabat PTPTN, Kaunter Perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral, ejen PTPTN atau boleh dicetak melalui laman web PTPTN. Klik di sini untuk mencetak Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN (.pdf) serta klik di sini untuk panduan mengisi borang.

  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sesalinan kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN di alamat:

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    Bahagian Simpanan Pendidikan
    Aras 6, Wisma Chase Perdana
    Off Jalan Semantan, Damansara Heights
    50490 Kuala Lumpur
    (u.p: Unit Potongan Gaji)


  3. Kegagalan atau kelewatan tuan/puan menghantar sesalinan Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN kepada PTPTN akan menyebabkan amaun potongan (RM) yang diterima daripada JANM tidak dapat atau lewat dikeditkan ke akaun SSPN pemohon dan penerima manfaat.

 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03- 2092 7788 atau e-mel ke webmaster@ptptn.gov.my.