Pengeluaran Simpanan/Penutupan Akaun
Pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Syarat-Syarat Pengeluaran/Penutupan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Dan Dokumen Yang Diperlukan

  1. Pengeluaran Simpanan 

  2. Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:-
    1. Slip Pengeluaran Deposit/Tuntutan Geran Sepadan;
    2. Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit; dan
    3. Salinan Kad SSPN.
  3. Penutupan Akaun

  4. Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:-
    1. Borang Penutupan Akaun SSPN; 
    2. Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;
    3. Salinan Kad SSPN;dan
    4. Salinan Sijil Kematian (sekiranya berlaku kematian kepada penerima manfaat-jika berkaitan)
      Nota : Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit , salinan Kad SSPN dan salinan sijil kematian (jika berkaitan) hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa.

    Tuntutan Geran Sepadan


    Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:-
    1. Surat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT; dan
    2. Slip bayaran yuran ke IPT atau surat  pengesahan masih aktif belajar di IPT.
    Nota : Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama pada Borang Pembukaan Akaun SSPN dan Borang Penutupan Akaun/Slip Pengeluaran Deposit/Tuntutan Geran Sepadan.
  5. Penutupan Akaun Bagi Kematian Pendeposit SSPN

  6. Dokumen yang diperlukan bagi penutupan akaun SSPN jika pendeposit meninggal dunia adalah seperti berikut:-
    1. Borang Penutupan Akaun SSPN;
    2. Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera Pendeposit;
    3. Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera waris;
    4. Kad SSPN; dan
    5. Sijil Kematian pendeposit.
    Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN kurang daripada RM1,000

    Waris hendaklah:-
    1. Mengemukakan Borang Pengesahan Waris Kepada Pendeposit SSPN (simati) dan hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa; dan
    2. Mengisi dan melengkapkan Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan setem hasil bernilai RM10.
    Sila klik di sini untuk mencetak Borang Pengesahan Waris Kepada Pendeposit SSPN (simati) dan klik di sini untuk mencetak Borang Bon Tanggung Rugi.

    Bagi simpanan dalam akaun SSPN berjumlah RM1,000 dan ke atas

    Waris hendaklah mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet dengan mengemukakan salah satu dokumen-dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan yang disahkan oleh pihak yang mengeluarkan surat kuasa) :-
    1. Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    2. Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
    3. Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/Arahan).
    Nota: Butiran perihal wang simpanan SSPN hendaklah  disenaraikan atau dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet bagi membolehkan pengeluaran wang SSPN dari akaun pendeposit (simati).
    Sekiranya pendeposit/waris memilih agar amaun pengeluaran/penutupan akaun dikreditkan terus ke akaun bank, sila sertakan salinan muka hadapan buku akaun simpanan/penyata akaun yang tertera nombor akaun bank pendeposit. 

  7. Penghantaran Slip Pengeluaran/Penutupan Akaun

  8. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui  kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral atau mana-mana ejen PTPTN seperti berikut:

    1. Bank Simpanan Nasional;
    2. CIMB Bank Berhad;
    3. Agro Bank;
    4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad;
    5. Bank Islam Malaysia Berhad;dan
    6. Maybank.

    Atau

    Diposkan kepada PTPTN di alamat seperti berikut:-

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    Bahagian Simpanan Pendidikan
    Aras 6, Wisma Chase Perdana
    Off Jalan Semantan, Damansara Heights
    50490 Kuala Lumpur
    (u.p: Unit Pengeluaran dan Tuntutan)

    Tel: 03-2080 4455 Faks: 03-2098 6589