|
|
|
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibubapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan. Jumlah pemberian Geran Sepadan (maksima RM10,000) akan ditentukan setelah mengambilkira tempoh simpanan SSPN dan jumlah simpanan. Kadar Geran Sepadan akan lebih banyak sekiranya mempunyai simpanan yang lebih tinggi dan tempoh simpanan yang lebih lama. Kelayakan Pemberian Geran Sepadan: - Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000;
- Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi(IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat diploma dan ke atas; dan
- Penerima manfaat hendaklah berumur kurang daripada 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
Bagi pembukaan akaun SSPN mulai 15 Januari 2010, kelayakan Geran Sepadan adalah berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pengeluaran simpanan atau penutupan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan semasa pengeluaran simpanan atau penutupan akaun. (Sila rujuk Surat Pekeliling PTPTN Bilangan 1 Tahun 2010)
Walau bagaimanapun bagi pendeposit sediada yang membuka akaun sebelum 15 Januari 2010, penentuan kelayakan Geran Sepadan adalah kekal iaitu berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pembukaan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang dikemukakan semasa pembukaan akaun hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.
Cetak halaman ini
|
|