Pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN:
- Ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
- Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM3,000 seorang setahun;
- Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun; dan
- Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan cukai.
|