Sila ikuti panduan pengisian Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) melalui laman web PTPTN seperti berikut:
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.
- Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i ini melalui laman web PTPTN. Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang lengkap diisi hendaklah dibuat dua (2) salinan dan dihantar bersama-sama salinan asal, Slip Deposit, dokumen-dokumen sokongan dan wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Ejen PTPTN yang dilantik oleh PTPTN di seluruh Malaysia.
- Ejen PTPTN adalah seperti berikut:-
- Bank Simpanan Nasional (BSN);
- CIMB Bank Berhad;
- Agro Bank;
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM);
- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); dan
- Maybank.
-
- Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN-i adalah seperti berikut:-
-
Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon; - Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
- Surat perakuan/ sijil anak angkat (bagi ibubapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).
-
- Tiga(3) salinan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan Sip Deposit yang diterima oleh ejen PTPTN yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen PTPTN bagi keperluan seperti berikut:-
- Salinan asal (Cetakan) – untuk PTPTN
- Salinan kedua – untuk ejen PTPTN
- Salinan ketiga – untuk Pendeposit
-
Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan Slip Deposit kepada PTPTN. Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan.
Peringatan Penting :
PTPTN tidak melantik orang perseorangan/individu sebagai ejen PTPTN bagi tujuan memungut deposit simpanan selain daripada ejen-ejen yang dinyatakan.
Kebenaran mencetak dokumen SSPN-i melalui laman web PTPTN ini adalah sebagai alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan berkaitan SSPN-i.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Bantuan Online.