Menu semakan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat semakan beberapa maklumat penting berkenaan pinjaman PTPTN. Sila klik pada menu di bahagian kiri skrin untuk membuat pilihan anda. Klik butang BACK pada pelayar web atau pada butang SEMAKAN untuk kembali ke laman ini. Maklumat setiap pilihan menu semakan dijelaskan seperti di bawah:
Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Balik Pinjaman
Semakan ini adalah untuk peminjam membuat semakan senarai nama peminjam yang belum membuat bayaran balik pinjaman mengikut NAMA dan NO KP peminjam.
Semakan Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan SSPN
Pendeposit SSPN kini boleh membuat semakan jumlah simpanan bersih SSPN yang layak pelepasan Taksiran Cukai 2007 hanya dengan memasukkan No MyKad/Kad Tentera/Kad Polis yang digunakan semasa pembukaan akaun untuk anak-anak mereka. Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.
Semakan No Akaun Bank Yang Dibuka Secara Kelompok Oleh IPT Bagi Pelajar-Pelajar Kemasukan Julai 2009
Semakan ini adalah bagi pelajar-pelajar kemasukan Julai 2009 mengetahui no akaun bank yang dibuka secara kelompok oleh IPT masing-masing untuk digunakan bagi segala urusan yang berkaitan dengan PTPTN.
Semakan Status Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Pelajar IPTA Semester 2 Sesi 2008/2009
Semakan ini membolehkan pelajar-pelajar IPTS menyemak maklumat mengenai tarikh permohonan online, tarikh hantar pengesahan pelajar kepada IPT, tarikh terima pengesahan pelajar daripada IPT untuk dibuat bayaran kepada pelajar serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan mengenai IPTS.
Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.