Soalan 1:
Apa itu Program sahabat?

Jawapan :

Program Sahabat PTPTN adalah satu program yang mewujudkan kolaborasi strategik dengan agensi kerajaan/ agensi swasta/ persatuan yang berdaftar bagi menggalakkan kakitangan membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i secara potongan gaji.

Program ini juga bertujuan menggalakkan kakitangan dan orang ramai membuat pembukaan akaun SSPN-i di samping menjana pendapatan sampingan kepada Sahabat.


 

Soalan 2:  
Bagaimana program ini boleh menjana pendapatan sampingan kepada Sahabat?

Jawapan :
Agensi yang menyertai program ini akan menikmati pemberian komisen seperti berikut:

 

Bil. Perkara Komisen Dibayar (RM)
1. Pembukaan akaun SSPN-i (kakitangan/ orang ramai) 2.00/ akaun
2. Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN- i (akan dibayar bagi setiap kali potongan gaji yang berjaya) 0.50/ akaun
3. Potongan gaji bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN yang berjaya 10.00/ penerima biaya/ one off

 

Sahabat PTPTN yang berjaya menarik minat orang ramai selain daripada kakitangan Sahabat untuk pembukaan akaun SSPN-i melalui potongan gaji juga layak diberikan komisen.

Pendeposit SSPN-i yang telah membuat potongan gaji sebelum agensi/ syarikat/ persatuan menjadi Sahabat PTPTN, komisen RM0.50/ bulan akan diberikan sekiranya pendeposit membuat tambahan potongan gaji sekurang-kurangnya RM5.00/ akaun.

Peminjam yang telah membuat potongan gaji sebelum agensi/ syarikat/ persatuan menjadi Sahabat PTPTN, komisen RM10.00 secara one off akan diberikan sekiranya peminjam membuat penjadualan/ penstrukturan semula tanpa mengambilkira sama ada terdapat perubahan dalam jumlah potongan gaji.

Sahabat PTPTN juga berpeluang menyertai program-program yang bersesuaian anjuran PTPTN dan memperolehi informasi terkini PTPTN.


 

Soalan 3: 
Apakah keistimewaan program ini?

Jawapan :
Kakitangan yang membuat potongan gaji untuk bayaran balik layak menikmati diskaun 10%. Pendeposit SSPN-i pula, berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Keistimewaan tertakluk kepada terma dan syarat.


 

Soalan 4: 
Bagaimana cara untuk menyertai Sahabat PTPTN?

Jawapan :
Agensi yang berminat boleh menghubungi Pejabat PTPTN Negeri (PPN) bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengisi Borang Pendaftaran Sahabat PTPTN.


 

Soalan 5: 
Adakah Sahabat PTPTN berpeluang untuk mendapatkan komisen, sekiranya tiada kakitangan yang membuat potongan gaji?

Jawapan :
Ya. Sahabat PTPTN tetap berpeluang mendapat komisen sekiranya pembukaan akaun SSPN-i dibuat oleh kakitangan.


 

Soalan 6:  
Bagaimanakah cara pemberian komisen sekiranya Kakitangan Sahabat PTPTN membuka akaun SSPN-i lebih daripada satu?

Jawapan :
Sahabat PTPTN akan memperoleh komisen mengikut jumlah akaun yang dibuka oleh pendeposit.


 

Soalan 7: 
Bilakah komisen akan dibayar kepada Sahabat PTPTN?

Jawapan :
Komisen akan dibayar pada bulan berikutnya selepas transaksi berjaya dilakukan.


 

Soalan 8:
Adakah cawangan akan mendapat komisen sekiranya Pendaftaran Sahabat PTPTN dan potongan gaji dibuat oleh ibu pejabat?

Jawapan :
Pembayaran komisen adalah mengikut arahan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran Sahabat PTPTN.


 

Soalan 9:  
Apakah kaedah pembayaran komisen?

Jawapan :
Agensi diberi pilihan sama ada hendak menerima komisen melalui cek atau dikreditkan terus ke akaun agensi.

 

 

Kemaskini: 13/01/2014