• Permohonan potongan gaji
    Bagi bayaran balik melalui potongan gaji, peminjam/penerima biaya boleh mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Peminjam PTPTN yang boleh didapati melalui laman web PTPTN dan lengkapkan serta hantar ke PTPTN. Selain itu, peminjam/penerima biaya juga boleh mengisi Borang Pemilihan Kaedah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Online dan pilih kaedah potongan gaji. Borang yang telah lengkap diisi haruslah dicetak, ditandatangani dan dihantar ke PTPTN bagi tujuan pengemaskinian.
  • Jumlah ansuran bagi potongan gaji
    Potongan gaji akan dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang ditetapkan. Permohonan untuk membuat potongan gaji kurang daripada jadual adalah tidak dibenarkan. Jika peminjam/penerima biaya ingin membuat bayaran balik melebihi jadual yang ditetapkan, peminjam/penerima biaya perlu mengemukakan surat makluman.
  • Proses potongan gaji
    Proses untuk potongan gaji mengambil masa 1-3 bulan dan surat serta sijil hutang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Proses seterusnya adalah di pihak LHDNM dimana LHDNM mengambil masa 7 hari bekerja bagi memproses surat arahan bayaran kepada majikan.
  • Tarikh LHDNM meremitkan bayaran kepada PTPTN
    Potongan gaji yang diterima daripada majikan akan diremitkan oleh LHDNM kepada PTPTN untuk diakaunkan ke dalam penyata dua kali sebulan iaitu peringkat pertama 1hb hingga 15hb dan peringkat kedua 16hb hingga tarikh terakhir bulan tersebut. Ini membolehkan  penyata kira-kira peminjam dapat dikemaskini dengan lebih cepat.