Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)berjumlah RM1,500.00 bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar dalam menyediakan kelengkapan diri sebelum mendaftar di IPTA. Mulai Jun 2010, kemudahan WPP turut diperluaskan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

i. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan;
iv. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik;
v. Pelajar tidak pernah menunaikan WPP; dan
vi. Pelajar tidak pernah menerima pembiayaan pendidikan PTPTN.

*Syarat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Bermula kemasukan sesi Julai 2010, pelajar dikehendaki membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) semasa permohonan kemasukan ke IPT melalui UPU online.


Semakan penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

 


 

Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP

  • Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
  • PTPTN mengagihkan waran WPP kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
  • Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik oleh Perbadanan (kini ialah Bank CIMB) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
  • Penunaian melalui wakil adalah tidak dibenarkan.
  • Waran tersebut juga tidak boleh ditunaikan melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine).