Bermula 1 Disember 2009, setiap permohonan semula salinan dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikenakan caj sebanyak RM90.00. Caj ini dikenakan bagi membiayai kos tambahan untuk mendapatkan dokumen tersebut yang disimpan di luar bangunan PTPTN serta kos penghantaran kepada peminjam.
Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Semula Salinan Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang boleh dimuat turun di sini. Permohonan yang dihantar tanpa menggunakan borang yang disediakan tidak akan diproses.
Terdapat dua kaedah permohonan dan bayaran yang boleh dibuat sepertimana berikut:-
- Permohonan dan bayaran di kaunter PTPTN.
- Peminjam perlu menyerahkan borang permohonan yang lengkap dan membuat bayaran secara terus di kaunter One Stop Center PTPTN yang bertempat di K.L Central.
2. Permohonan dan bayaran melalui pos.
- Peminjam perlu mengirimkan borang permohonan yang lengkap ke PTPTN beserta wang pos / bankdraf atas nama Ketua Eksekutif PTPTN ke alamat berikut:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p. Unit Terimaan)
Peminjam hendaklah menulis nombor kad pengenalan, nombor rujukan surat tawaran dan nombor telefon di bahagian belakang wang pos /bankdraf tersebut. Pastikan di sudut kiri atas sampul surat ditulis "PERMOHONAN SEMULA SALINAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN".
Proses penyediaan salinan perjanjian mengambil masa 7 hari bekerja setelah bayaran dan borang yang lengkap diterima. Salinan tersebut hanya akan diserahkan kepada peminjam melalui perkhidmatan kurier ke alamat yang diberikan di dalam borang permohonan tersebut.
Proses penyediaan salinan perjanjian mengambil masa 7 hari bekerja setelah bayaran dan borang yang lengkap diterima. Salinan tersebut hanya akan diserahkan kepada peminjam melalui perkhidmatan kurier ke alamat yang diberikan di dalam borang permohonan tersebut.