Pengurusan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan berasaskan syariah Islam (Ujrah/ Upah) telah dilaksanakan kepada peminjam sedia ada mulai 1 Ogos 2009. Tarikh kuatkuasa pelaksanaan ujrah bermula 1 Jun 2008.
Selaras dengan bajet 2013, mereka yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan layak ditawarkan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) berdasarkan baki pinjaman pada 1 Oktober 2012.
PTPTN menawarkan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada peminjam yang layak tetapi masih belum membuat pertukaran tersebut. Semakan kelayakan penawaran pertukaran kepada Pembiayaan Ujrah boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my atau di mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran mulai 17 Oktober 2012.