|
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi. Skop penyediaan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat diploma dan ijazah pertama di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut: -
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. -
Akta Institut Teknologi MARA 1976. -
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
|