Untuk makluman tuan/puan, bermula 1 Julai 2017, semua pembayaran kad kredit, debit, caj dan prabayar di semua terminal jualan di Malaysia mesti membuat pengesahan bayaran dengan 6 digit Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) menggantikan tandatangan kerana penggunaan tandatangan tidak lagi diterima jika kad pembayaran Malaysia digunakan untuk transaksi dalam negara. Ini adalah satu perubahan seluruh industri untuk meningkatkan keselamatan kewangan dan mencegah penipuan kad kredit.


Oleh itu, langkah awal telah di ambil oleh pihak bank untuk mendidik pengguna serta mengurangkan penggunaan tandatangan untuk pengesahan bayaran sehingga tarikh dikuatkuasakan.

 

Untuk keterangan lanjut tentang perkara diatas boleh layari web PIN and Pay di https://pinandpay.com.my/en/  dan web bayaran kad kredit seperti dibawah: