Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.
Kami berjanji akan :
-
Memproses permohonan pembiayaan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;
-
Memaparkan keputusan permohonan pembiayaan pada hari bekerja pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;
-
Memastikan pengeluaran pembiayaan baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima;
-
Memastikan pengeluaran pembiayaan berikutnya dibuat tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pembiayaan;
-
Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
-
Memproses permohonan pengeluaran deposit SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan
-
Memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan / aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan / aduan diterima.