SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN JOMPAY PTPTN

 

Penganjur & Penyertaan

 

  1. Peraduan JomPAY PTPTN ["Peraduan JomPAY"] ini dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Ambank (M) Bhd. dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) ["Penganjur"].

  2. Peraduan JomPAY PTPTN diadakan untuk menggalakkan peminjam PTPTN, pendeposit SSPN-idan pelanggan JomPAY ["pelanggan"] menggunakan saluran JomPAY untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i.

  3. Peraduan JomPAY ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang membuat bayaran balik pinjaman dan/atau penambahan deposit SSPN-imenggunakan saluran JomPAY Online dalam tempoh promosi.

  4. Peraduan JomPAY ini akan berlangsung untuk tempoh 3 bulan iaitu mulai 13/10/2016sehingga 12/01/2017. Pihak Penganjur layak membuat sebarang pindaan tarikh tanpa sebarang notis makluman.

 

 

Kaedah Pemilihan  

 1.  Syarat layak penyertaan dan kaedah pemilihan pemenang bagi Peraduan JomPAY adalah seperti berikut:-

  • Setiap transaksi bagi bayaran balik /dan atau penambahan deposit SSPN-i bernilai RM100 layak 1 peluang untuk  menyertai peraduan ini.

  • Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan peluang tertinggi.

  • Formula kiraan peluang adalah seperti berikut:

= Jumlah bayaran balik dan/atau penambahan deposit/RM100

Contoh:

Transaksi  bayaran balik yang dibuat : RM1,000

Jumlah peluang : RM1,000/RM100  =10 peluang

  2. Sekiranya terdapat persamaan daripada segi bilangan peluang, pemenang akan ditentukan berdasarkan tarikh terakhir
      transaksi di mana pemenang mencapai bilangan peluang tertinggi.
  3. Proses pengeluaran data untuk penentuan pemenang akan diselia oleh pihak PTPTN dengan semakan bersama wakil
      pihak Ambank (M) Bhd.

 

Hadiah Dan Tuntutan

  1.  Hadiah yang ditawarkan oleh Peraduan JomPAY adalah seperti berikut;

          Tempat Pertama    :1 x Macbook Air X 1 pemenang

          Tempat Kedua       :1 x iPad Air 2  X 2 pemenang

          Tempat Ketiga       : 1 x iWatch (Apple Watch Nike+) X 3 pemenang

  2.  Penganjur berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumkannya kepada pelanggan;

  3.  Semua hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai

  4.  Pemenang hadiah akan dimaklumkan melalui surat/akhbar/telefon/laman web www.ptptn.gov.my

  5.  Segala perbelanjaan dan kos yang terlibat ketika menyertai peraduan ini atau ketika menuntut hadiah adalah atas 
       tanggungan peserta/pemenang.

  6.  Semua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam surat/notis makluman.
       Sebarang penebusan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
       Sekiranya penganjur atas apa jua sebab tidak dapat menghubungi pemenang, kemenangan dan hadiah
       yang ditawarkan adalah terbatal secara automatik.

 

 

Terma & Syarat

  1. Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pelanggan tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;
  2. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan
  3. Penganjur  berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang;
  4. Penganjur  tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut. Pemenang bersetuju melepaskan dan memutuskan bahawa penganjur bebas dan tidak terikat terhadap sebarang liabiliti;
  5. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan Ambank (M) Bhd tidak layak menyertai Peraduan JomPAY ini;
  6. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju mematuhi Syarat Dan Peraturan Peraduan JomPAY dan keputusan pihak penganjur; dan
  7. Penganjur juga berhak mengubah, membatalkan atau menambah syarat dan terma peraduan ini tanpa memberi sebarang notis.

 

Klik di sini untuk Soalan Lazim JomPAY

Klik di sini untuk panduan bayaran

Klik di sini untuk dapatkan Biller Code dan Ref-1