- Peminjam boleh di senarai hitam jika masih ingkar membuat bayaran balik pembiayaan atau memberi maklumbalas. Tindakan senarai hitam akan diambil dengan menghalang peminjam daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Selain itu, peminjam juga tidak dapat memohon atau memperbaharui passport.
- Penguatkuasaan senarai hitam diambil selepas tindakan Notis Tuntutan dilakukan.
- Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan tunggakan pembiayaan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen.
- Walau bagaimanapun, bagi kes-kes khas pihak PTPTN memberi pertimbangan kepada peminjam dengan membolehkan peminjam mengemukakan rayuan pembatalan nama daripada senarai hitam imigresen. Rayuan tersebut boleh dikemukakan dengan menyertakan beberapa dokumen iaitu:
(a) Surat rasmi yang lengkap iaitu dengan menyatakan tiga (3) perkara seperti di bawah:
i. Alasan peminjam kerana gagal membuat pembayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN (walaupun beberapa notis peringatan telah dikeluarkan sebelum tindakan penguatkuasaan senarai hitam)
ii. Cadangan bayaran pendahuluan/tunggakan dan;
iii. Cadangan bayaran ansuran bulanan yang hanya boleh dibuat melalui dua (2) kaedah sahaja iaitu:
a. Potongan Gaji (melalui majikan) atau;
b. Arahan Tetap Bank/Standing Instruction (SI)
(b) Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti:
i. Salinan Slip Gaji 2 bulan terkini (sekiranya bekerja;
ii. Salinan Penyata KWSP terkini (bagi yang mencarum/tidak pernah mencarum)
iii. Surat Tawaran Belajar (jika masih belajar) dan surat pengesahan perlanjutan pengajian/tarikh tamat pengajian daripada IPT (jika masih belum menamatkan pengajian)
iv. Surat Arahan Majikan kepada peminjam untuk bertugas ke luar negara
v. Surat Akuan tidak bekerja/bekerja sendiri/tiada slip gaji atau Surat Pengesahan tidak bekerja/bekerja sendiri/tiada slip gaji (bagi peminjam yang tidak bekerja/bekerja sendiri/tiada slip gaji)
vi. Lain-lain dokumen yang berkaitan yang dapat mengukuhkan rayuan peminjam
vi. Justeru para peminjam diminta untuk membuat rujukan/semakan nama terlebih dahulu dengan pihak PTPTN sebelum membuat perancangan untuk ke luar negara. Semakan boleh dilakukan di laman web PTPTN atau hubungi Call Center di talian hotline 03-2080 4455.
-
Permohonan hendaklah dihantar kepada Pegawai Bertanggungjawab (PTJ) atau ke Pejabat PTPTN Negeri yang berhampiran. Semakan nama pegawai yang bertanggungjawab di atas akaun peminjam boleh disemak di portal rasmi (klik di sini).