Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN berdasarkan jadual tentatif secara berkelompok yang ditetapkan oleh PTPTN dan IPT.

Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

i. Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
ii. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Grade Point Average      (GPA)2.0 ke atas; dan
iii. Tidak menerima penaja lain.
iv. Pengeluaran pembiayaan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.