Pemberhentian bayaran pembiayaan akan dibuat apabila pelajar gagal meneruskan pengajian dalam peringkat jurusan atau IPT yang ditetapkan semasa pemohonan pinjaman. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian. Rayuan untuk menangguhkan bayaran atau penjadualan semula hendaklah dikemukakan kepada PTPTN sekiranya tidak mampu membayar balik semua wang yang telah dipinjam.