No. PTPTN diperlukan semasa pemohon membuat pendaftaran kali pertama bagi permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN secara online.
Pemohon perlu membeli No. PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui tiga (3) saluran iaitu:
1. Kaunter;
2. Mesin Juruwang Automatik (ATM); dan
3. Mesin Deposit Tunai (CDM);
Nota: Kaedah pembelian No. PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.