Maklumat Pertandingan Video Pendek 20 Tahun PTPTN

  1. Pertandingan ini diadakan sempena Ulang Tahun PTPTN ke 20 pada November 2017;

  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia;

  3. Kakitangan PTPTN dan keluarga (pasangan dan anak –anak) adalah tidak layak menyertai pertandingan ini.

  4. Konsep video adalah berteraskan tajuk "Sambutan 20 Tahun PTPTN" yang boleh terdiri daripada elemen-elemen seperti Fungsi PTPTN, Nostalgia PTPTN, Produk PTPTN, Sumbangan PTPTN kepada masyarakat.

  5. Pertandingan ini akan diadakan mulai 15 September 2017 sehingga 14 November 2017;

  6. Penganjur pertandingan ini adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

  7. Maklumat pertandingan boleh dirujuk di Portal Rasmi PTPTN dan juga laman Facebook Rasmi PTPTN