Soalan 1
Bolehkah saya membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP dan apakah syarat-syaratnya?Jawapan:
Boleh. Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
- Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
- Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.
ii. Permohonan pengeluaran oleh ibu/ bapa peminjam:
- Bagi Ijazah, perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
- Bagi Diploma,perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.
Soalan 2:
Bagaimanakah cara/ kaedah pengeluaran KWSP bagi tujuan pembayaran?
Jawapan:Kaedah memohon pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:
- Pelajar perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman/ Pembiayaan (terdapat dalam laman web PTPTN)/ di kaunter Ibu Pejabat PTPTN dan di One Stop Centre, KL Sentral.
- Lain-lain syarat dan perkara perlulah dirujuk terus kepada KWSP kerana KWSP mempunyai peraturan tersendiri mengenai kaedah memohon pengeluaran ini.