CABUTAN #JOMBERAYAJOMMENYIMPAN

Tempoh promosi : 11 Jun 2017 – 10 Julai 2017

1. Terma dan Syarat :

  • Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun baharu bagi pelajar Tahun 1*, tanpa mengira pakej serta membuat permohonan potongan gaji/autodebit dalam tempoh promosi. Bagi pendeposit yang tidak berhasrat membuat potongan gaji/autodebit, perlu membuat bayaran bagi 6 bulan kehadapan ketika pembukaan akaun untuk melayakkan menyertai cabutan.

  • Semua pakej layak menyertai cabutan dengan dua (2) bulan bayaran, KECUALI BAGI pakej Intan iaitu pendeposit perlu membuat bayaran sebanyak tiga (3) bulan semasa pembukaan akaun.

  • Hanya pembukaan akaun di kaunter/secara onlinedengan deposit tunai** layak menyertai cabutan.

  • Akaun hendaklah aktif sehingga cabutan dibuat

  • Setiap RM50 bersamaan dengan 1 cabutan.

  • Seorang pendeposit boleh memenangi satu (1) hadiah sahaja

  • Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.

  • Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT tidak layak menyertai cabutan ini.

 

*Pelajar Tahun 1 yang bersekolah di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

**Pembukaan akaun tanpa deposit tunai tidak layak menyertai cabutan

 

2. Hadiah

  • Hadiah  berjumlah RM21,000 untuk dimenangi  dan akan diberikan dalam bentuk wang tunai seperti berikut:
Perkara
Hadiah
Hadiah Utama
Tempat Pertama
RM3,000 x 1
Tempat Ke - 2
RM2,000 x 1
Tempat Ke - 3
RM1,000 x 1
Saguhati
Tempat Ke - 4
RM500 x 10
Tempat Ke - 5
RM250 x 20
Tempat Ke - 6
RM100 x 50
Jumlah
RM21,000

 

  • Pemenang diberi pilihan sama ada wang tunai yang dimenangi dikreditkan ke akaun bank atau dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus pemenang.

 

Klik  di sini untuk pembukaan akaun SSPN-i Plus