Surat Jaminan

MAKLUMAT PENJAMIN

Bermula kemasukan Disember 2006, kesemua pelajar yang memohon pinjaman PTPTN dikenakan syarat PENJAMIN. Oleh itu, setiap pemohon dikehendaki untuk melengkapkan Lampiran A (Surat Jaminan) yang disertakan bersama-sama surat tawaran pinjaman pendidikan.


SYARAT-SYARAT PENJAMIN

  1. Penjamin mestilah terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga tanpa mengambilkira jumlah pendapatan bulanan.
  2. Penjamin Pertama dan Kedua mestilah dua orang yang berlainan.

PENGHANTARAN LAMPIRAN A (SURAT JAMINAN)

Maklumat penjamin (Surat Jaminan) yang telah sempurna hendaklah dikembalikan ke PTPTN selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas surat tawaran pinjaman diterima

Sekiranya peminjam gagal memulangkan Surat Jaminan dalam tempoh yang ditetapkan, maka pengeluaran wang pinjaman bagi semester berikutnya akan diberhentikan.