Bayaran Berkelompok Bagi Pelajar Baru IPTAUrusan pinjaman PTPTN hanya dilakukan secara berjadual iaitu sebanyak dua (2) kali bagi setiap semester mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan sahaja. Berikut adalah jadual bagi urusan-urusan yang terlibat:
1. Permohonan Secara Online
2. Semakan Tawaran dan Cetakan Dokumen Perjanjian & Surat Tawaran
3. Sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian dan Surat Tawaran di IPTA
4. Bank Kredit ke Akaun Pelajar
Bayaran Berkelompok Bagi Pelajar Lama IPTAPengeluaran pembiayaan pinjaman PTPTN bagi pelajar lama dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
1. Memperolehi keputusan peperiksaan semester sebelumnya dengan GPA 2.00 dan ke atas.
2. Tidak menangguh pengajian semester sebelumnya
3. Mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa
Catatan :
Pengeluaran pembiayaan pinjaman bagi kes-kes rayuan tidak dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan tetapi diuruskan secara berasingan. Antara kes rayuan yang terlibat adalah :
i. Kenaikan kadar pinjaman
ii. Perlanjutan tempoh pinjaman
iii. Pertukaran program
iv. Bayaran semula pinjaman
JADUAL TENTATIF PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BERKELOMPOK (KELOMPOK PERTAMA) BAGI PELAJAR LAMA IPTA/POLITEKNIK UNTUK SEMESTER 2 SESI 2009/2010