Soalan 1 :
Siapakah yang layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai?

Jawapan :
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai.


 
Soalan 2 :
Adakah pendeposit yang membuka akaun diri sendiri layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai?

Jawapan :
Tidak layak.



Soalan 3 :
Bagaimana caranya untuk melayakkan pendeposit mendapat insentif pelepasan taksiran cukai?

Jawapan :
Pendeposit hendaklah membuat simpanan dalam tahun taksiran. Jumlah simpanan bersih tahun taksiran iaitu selepas ditolak dengan pengeluaran adalah layak mendapat insentif pelepasan cukai taksiran.



Soalan 4 :
Berapa had maksimum insentif pelepasan taksiran cukai?

Jawapan :
Had maksimum adalah sehingga RM6,000.00 setahun.



Soalan 5 :
Bagaimana caranya untuk mengetahui amaun layak insentif pelepasan taksiran cukai?

Jawapan :
Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun SSPN-i untuk insentif pelepasan taksiran cukai yang disediakan di sini dengan memasukkan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan iaitu nombor MyKad/ MyKid/ Sijil Kelahiran penerima manfaat.



Soalan 6 :
Sekiranya ibu dan bapa membuat taksiran cukai berasingan dan telah membuka akaun SSPN-i, berapakah jumlah insentif pelepasan taksiran cukai yang layak?

Jawapan :
Layak diberi insentif pelepasan taksiran cukai individu sehingga maksimum RM6,000.00 seorang setahun.



Soalan 7 :
Sekiranya ibu dan bapa membuat taksiran cukai bersama dan telah membuka akaun SSPN-i, berapakah jumlah insentif pelepasan taksiran cukai yang layak?

Jawapan :
Layak diberi insentif pelepasan taksiran cukai bersama sehingga maksimum RM6,000.00 setahun



Soalan 8 :
Bilakah tarikh akhir simpanan dalam SSPN-i layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai?

Jawapan :
Tarikh akhir simpanan untuk insentif pelepasan taksiran cukai adalah pada 31 Disember setiap tahun.



Soalan 9 :
Di ruangan manakah insentif pelepasan taksiran cukai SSPN-i pada borang LHDN?

Jawapan :
Insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih dalam SSPN-i dinyatakan pada Bahagian D (Pelepasan) di dalam Borang LHDN.



Soalan 10 :
Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun sebelumnya sebanyak RM5,500.00 dan simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM500.00, berapakah jumlah insentif pelepasan taksiran cukai yang layak bagi tahun taksiran cukai semasa?

Jawapan :
Pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai untuk tahun taksiran semasa sebanyak RM500.00 sahaja.



Soalan 11 :
Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun tahun sebelumnya sebanyak RM3,000.00 dan tiada penambahan deposit bagi tahun semasa, berapakah jumlah insentif pelepasan taksiran cukai yang layak bagi tahun taksiran cukai semasa?

Jawapan :
Pendeposit tidak layak untuk mendapat insentif pelepasan taksiran cukai bagi tahun taksiran semasa kerana tiada penambahan deposit bagi tahun tersebut.



Soalan 12 :
Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun sebelumnya sebanyak RM4,500.00. Simpanan bagi tahun semasa sebanyak RM3,000.00 dan pendeposit membuat pengeluaran sebanyak RM1,000.00. Berapakah jumlah insentif pelepasan taksiran cukai bagi tahun semasa?

Jawapan :
Pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih bagi tahun taksiran semasa sebanyak RM2,000.00 (RM3,000.00 - RM1,000.00).

Contoh:

  • Baki akaun sebelumnya RM4,500.00.00
  • Penambahan deposit semasa RM3,000
  • Pengeluaran deposit semasa RM1,000.00
  • Simpanan bersih semasa RM2,000.00


 

 

Kemaskini: 28/01/2014