Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017


Soalan 1 :
Siapa yang layak menerima insentif RM50 dalam bentuk akaun SSPN-i / SSPN-i Plus ?

Jawapan :
Semua murid yang mendaftar tahun 1 di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017. Ibu bapa/penjaga dan murid mestilah warganegara Malaysia. Insentif ini hanya layak bagi pembukaan akaun atau penambahan deposit yang dibuat daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.


Soalan 2 :
Apa yang perlu dilakukan untuk melayakkan insentif ini?

Jawapan :
Ibu bapa/ penjaga perlu membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Insentif ini akan diberikan apabila jumlah deposit mencecah RM50.


Soalan 3 :
Adakah ibu bapa / penjaga yang mempunyai lebih dari seorang anak yang mendaftar Tahun 1 pada Januari 2017 layak menerima insentif tersebut?

Jawapan :
Layak.


Soalan 4 :
Sekiranya murid terlibat sudah mempunyai akaun SSPN-i / SSPN-i Plus, adakah akaun baharu perlu dibuka semula?

Jawapan :
Tidak perlu. Walau bagaimanapun ibu bapa/penjaga perlu membuat penambahan deposit sekurang-kurangnya RM50 dalam tahun 2017 bagi memperolehi insentif ini.


Soalan 5 :
Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan insentif ini?

Jawapan :
Tidak perlu.


Soalan 6 :
Bilakah insentif ini dimasukkan ke dalam akaun?

Jawapan :
Insentif geran sepadan RM50 ini akan diberikan sekali sahaja dan dimasukkan pada bulan berikutnya apabila jumlah deposit telah mencecah RM50.


Soalan 7 :
Bagaimanakah cara untuk membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus?

Jawapan :
Akaun SSPN-i boleh dibuka di ejen bank yang dilantik iaitu Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agro Bank dan RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN yang terdekat. Manakala akaun SSPN-i plus boleh dibuka melalui Eksekutif Pemasaran Online (EPO) atau secara online dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my tertakluk kepada syarat pembukaan akaun SSPN-i Plus.


Soalan 8 :
Sekiranya memilih untuk membuka akaun SSPN-i Plus, mengapa borang permohonan potongan gaji perlu diisi?

Jawapan :
Borang potongan gaji perlu diisi kerana SSPN-i plus merupakan simpanan yang memerlukan komitmen bulanan. Ianya bagi memudahkan penambahan deposit dilakukan secara automatik bagi bulan-bulan berikutnya.


 

Kemaskini: 29/12/2016