Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.


Soalan 1 :
Siapakah yang layak mendapat diskaun 15% ini?

Jawapan :
Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 layak mendapat kemudahan ini.


Soalan 2 :
Bagaimanakah diskaun 15% ini dikira?

Jawapan :
Diskaun 15% ini dikira berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.


Soalan 3 :
Bagaimana mendapatkan keseluruhan baki hutang pinjaman?

Jawapan :
Keseluruhan baki hutang pinjaman boleh diperolehi secara online di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan memilih ikon Bajet 2017. Peminjam juga boleh menghubungi talian Careline 03-2193 3000.


Soalan 4 :
Bilakah diskaun 15% akan diberikan?

Jawapan :
Diskaun 15% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% diselesaikan. 
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat dengan memilih ikon Semakan Penyata Pinjaman di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Peminjam perlu memasukkan kata laluan. Sila hubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.


Soalan 5 :
Bilakah Surat Penyelesaian Hutang (SPH) dikeluarkan dan bagaimanakah cara terbaik mendapatkannya?

Jawapan :
Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% diselesaikan. 
Cara terbaik adalah dengan memastikan alamat emel yang betul dikemaskini semasa semakan baki secara online (Bajet 2017 - Permohonan Pengesahan Baki). Cetakan SPH juga boleh dibuat secara online melalui ikon yang sama.


Soalan 6 :
Adakah peminjam layak menikmati insentif ini sekiranya membuat penyelesaian melalui gabungan pelbagai saluran seperti KWSP, tunai dan online?

Jawapan :
Layak sekiranya penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan.


Soalan 7 :
Adakah bayaran yang dibuat melalui KWSP akan diberikan pemulangan sekiranya terdapat lebihan selepas diskaun diberikan?

Jawapan :
Ya, pemulangan lebihan akan dibuat ke Akaun 2 KWSP peminjam.


Soalan 8 :
Adakah diskaun 15% diberikan sekiranya bayaran balik dibuat melalui pemulangan pihak IPT/ Penaja?

Jawapan :
Tidak layak sekiranya bayaran balik dibuat melalui pemulangan pihak IPT / Penaja.


Soalan 9 :
Adakah peminjam layak mendapat diskaun 15% sekiranya berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu bulan Disember 2017?

Jawapan :
Layak dengan syarat bayaran diterima pada atau sebelum 31 Disember 2017.


Soalan 10 :
Adakah penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) layak menerima diskaun15%?

Jawapan :
Layak. Pemberian diskaun 15% juga diberikan kepada hutang WPP sekiranya diselesaikan dalam bulan yang sama.


Soalan 11 :
Adakah peminjam layak mendapat diskaun 15% sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja?

Jawapan :
Tidak layak, diskaun 15% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman beliau iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.


Soalan 12 :
Peminjam telah tamat pinjaman peringkat Diploma dan masih meneruskan pinjaman dengan pengajian di peringkat Ijazah. Adakah peminjam layak menikmati diskaun 15% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang bagi peringkat Diploma?

Jawapan :
Tidak layak, diskaun 15% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman sahaja. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman yang masih aktif ditamatkan dan penyelesaian penuh dibuat atas keseluruhan hutang pinjaman. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.


Soalan 13 :
Adakah PTPTN akan membatalkan senarai hitam Jabatan Imigresen (JIM) dan CCRIS selepas peminjam membuat penyelesaian hutang?

Jawapan :
Pembatalan senarai hitam (JIM) akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja.
Pengeluaran daripada senarai CCRIS akan dibuat pada 15 haribulan bulan berikutnya. Walaubagaimana pun, untuk tujuan permohonan pinjaman daripada Institusi Kewangan, Surat Pengesahan Bayaran akan dikeluarkan kepada peminjam sehari (hari bekerja) selepas bayaran diterima oleh PTPTN.

 

Diskaun 10 % untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 % daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

Diskaun 10 % untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

 

Soalan 14 :
Siapakah yang layak mendapat insentif ini?

Jawapan :

  • Semua peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang  pinjaman yang diterima pada bulan yang sama adalah layak.

  • Semua peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji dan/atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan/ dipersetujui.


Soalan 15:
Bilakah tempoh kuatkuasa insentif ini?

Jawapan :
Insentif ini berkuatkuasa mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.


Soalan 16:
Bilakah diskaun 10% akan diberikan?

Jawapan :
Diskaun 10% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% diselesaikan. 
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat dengan memilih ikon Semakan Penyata Pinjaman di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Peminjam perlu memasukkan kata laluan. Sila hubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.


Soalan 17:
Adakah diskaun yang diberikan akan mengurangkan ansuran bulanan?

Jawapan :
Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.

     Contohnya:

     Baki hutang keseluruhan pada 1 Nov. 2016           = RM 10,000
     Bayaran 50% pada 22 Nov. 2016                           = RM 5,000
     Diskaun 10% pada 30 Nov 2016                            = RM 500
     Baki hutang keseluruhan pada 1 Dis. 2016      = RM 4,500


Soalan 18:
Adakah penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) layak menerima diskaun 10%?

Jawapan :
Penerima WPP hanya layak menerima diskaun 10% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja.


Soalan 19:
Adakah Diskaun 10% diberikan kepada bayaran balik yang dibuat secara konsisten selain daripada kaedah potongan gaji dan/atau direct debit?

Jawapan :
Tidak. Diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan/atau direct debit sahaja.

Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.


Soalan 20:
Bagaimanakah kaedah pengiraan diskaun bagi peminjam yang membuat bayaran balik melalui kedua-dua saluran; iaitu potongan gaji dan direct debit ?

Jawapan :
Diskaun diberikan atas jumlah bayaran balik yang dibuat melalui potongan gaji dan direct debit. Jumlah diskaun yang diperolehi akan mengurangkan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Contohnya:
          Baki hutang keseluruhan pada 1 Nov. 2016                          = RM5,000
          a. Bayaran balik melalui direct debit pada 10 Nov 2016        = RM500
          b. Bayaran balik melalui potongan gaji pada 25 Nov 2016    = RM500
          c. Diskaun 10% (10% x RM1,000) pada 30 Nov 2016*          = RM100
          d. Baki hutang keseluruhan pada 1 Dis. 2016                 = RM3,900


* Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% diselesaikan.


Soalan 21:
Adakah peminjam perlu membuat rundingan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan potongan gaji atau direct debit?

Jawapan :
Sekiranya peminjam mempunyai tunggakan, rundingan perlu dilakukan dengan menghubungi Careline 03-2193 3000 atau salah seorang daripada 600 orang Eksekutif Pemasaran (semak Portal PTPTN).


Soalan 22:
Bagaimanakah kaedah permohonan bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit?

Jawapan :
Permohonan potongan gaji boleh dibuat secara atas talian di www.ptptn.gov.my. Bagi kaedah direct debit, borang permohonan boleh diperolehi di mana-mana kaunter PTPTN mulai 1 November 2016.


Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.


Soalan 23:
Adakah peminjam yang telah tamat pengajian Diploma dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah layak mendapatkan insentif ini?

Jawapan :
Tidak layak. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman peringkat Ijazah yang masih aktif ditamatkan. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.


Soalan 24:
Peminjam telah membayar balik sekaligus 50% daripada keseluruhan baki hutang peringkat Diploma dan Ijazah. Jumlah tersebut telah menyelesaikan keseluruhan hutang Diploma peminjam. Adakah pemulangan semula diskaun 10% akan dibuat?

Jawapan :
Tidak. Jumlah diskaun 10% akan dilaraskan pada baki hutang peringkat Ijazah.



Soalan 25:
Peminjam telah membuat bayaran balik melalui potongan gaji. Bagaimanakah pengiraan diskaun pada bulan terakhir sekiranya bayaran balik tersebut telah menyelesaikan baki keseluruhan hutang?

Jawapan :
Diskaun 15% akan diberikan ke atas baki keseluruhan hutang pinjaman sekiranya bayaran tersebut menyelesaikan keseluruhan hutang peminjam. Pemulangan lebihan akan diberikan kepada peminjam sekiranya ada.
Contohnya:
             Baki hutang keseluruhan pada 1 Nov. 2016                   = RM200
             a. Bayaran melalui potongan gaji pada 22 Nov 2016     = RM250
             b. Diskaun 15% (15% x RM200) pada 30 Nov 2016*    = RM 30
             c. Lebihan bayaran balik**                                             = RM 80

* Diskaun yang diberikan adalah 15% kerana bayaran balik telah menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman.
** Lebihan bayaran balik kepada peminjam akan dibuat.



Soalan 26:
Bagaimanakah kaedah pelarasan diskaun dibuat bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu (1) akaun pinjaman?

Jawapan :
Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada 1 akaun pinjaman, amaun diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman 1 terlebih dahulu sekiranya akaun tersebut masih mempunyai baki hutang. Diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman 2 selepas hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.


Contoh:

Perkara Hutang Pinjaman 1 (RM) Hutang Pinjaman 2  (RM) Jumlah Keseluruhan

Baki hutang pada 1 November 2016

10,000

20,000

 

Baki hutang keseluruhan

30,000

Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji

150

250

400

Diskaun 10% (10% x RM400)

40

 

40

Baki hutang pada 1 Disember 2016

9,810

19,750

29,560

 

Kemaskini: 25/01/2017