TERMA DAN SYARAT PERADUAN GO CASHLESS & WIN

1.

Pengecualian penyertaan daripada kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);

2.

Peminjam dan pendeposit perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, atau deposit SSPN1M sekurang-kurangnya RM100 dalam tempoh promosi;

3.

Cabutan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki pinjaman dan pendeposit SSPN1M;

4.

Peminjam dan pendeposit boleh membuat transaksi melalui semua saluran bayaran balik tanpa tunai yang telah disediakan, KECUALI melalui pengeluaran Akaun II KWSP;

5.

Bilangan cabutan adalah berdasarkan transaksi sekurang-kurangnya RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan;

6.

Hadiah disediakan bagi dua kategori cabutan seperti berikut :-

 

  • Kategori Bayaran Balik Pinjaman
       -   20x Kad Petrol bernilai RM500 setiap bulan

 

  • Kategori Deposit SSPN1M
       -   20x Kad Petrol bernilai RM500 setiap bulan

7.

Seorang individu hanya boleh memenangi satu hadiah daripada setiap kategori cabutan pada bulan yang sama.

8.

Sekiranya berlaku kematian kepada peminjam dalam tempoh promosi, akaun peminjam masih layak untuk menyertai cabutan;

9.

PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;

10.

PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati peminjam tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

11.

Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat- menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

12.

PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

13.

Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah;

14.

Pemenang perlu berkongsi kemenangan yang dimenangi di dalam media sosial; dan

15.

PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.